Resepi Mini Oreo Cheesecake

Assalamualaikum..



  Rasanya lama dah niat nak buat cheesecake ni. Kekonon nak buat Japanese Cotton Cheesecake.. tapi sebab mood baking tu tak sampai-sampai jadi asyik tertangguh la projek cheesecakenya.

  Sampai lah bila mengemas peti ais.. tengok cream cheese ni dah nak expired dah.. baru terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu ternampak pulak oreo anak yang tak abis-abis tu.. so why dont buat mini oreo cheesecake.

  Resepi dan bahan sangat mudah. Saya buat dalam acuan cupcake je. So bahan dan cara nak buat seperti dibawah :



  Bahan-bahan

  • 250gram creemcheese (suhu bilik) 
  • 2biji telur
  • 100gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 30gram mentega
  • 2 bungkus oreo ( separuh untuk buat based dan separuh hancurkan) 

  Cara buat

  1. Pukul creamcheese bersama gula, mentega dan esen vanilla sehingga kembang dan gebu



  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang

  3.  Masukkan serbuk oreo yamg dihancurkan ke dalam adunan dan kacau dengan spatula supaya oreo bercampur dengan bahan cream cheese tadi.



  4. Sediakan loyang cupcake.. letak kepingan oreo pada kertas cupcake seperti dibawah.



  5. Paipkan creamcheese tadi ke dalam kertas cupcake dan tabur serbuk oreo diatas cupcake tersebut



  6. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20-25minit bergantung pada oven masing.

  7. Mini Oreo Cheesecake is done!!


  Nak lebih sedap sejukkan mini oreo cheesecake ni dalam peti ais selama 2-3 jam sebelum dimakan.

  Senangkan?? Selamat mencuba..


Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!



0 comments:

Post a comment