Resepi Lasagna Roti Ekspres

Assalamualaikum..


  Semalam dalam memikir nak masak apa untuk berbuka tiba-tiba anak dara kat rumah ni request nak makan lasagna pulak. Ah sudah.. kat rumah ni mana la ada cukup bahan nak buat lasagna..macamana nak buat.

  Lepas tu nampak pula roti kat rumah ni yang nak expired. Terus dapat idea nak buat lasagna roti express.. heheh. Nama pun express kan.. jadi bahan pun ikut je apa bahan yang ada kat rumah ni. Kalau nak ikut resepi betul-betul.. tak jadi la lasagna roti ekspess.

  Bahan-bahan untuk lasagna roti ekspress ni pun takde sukatan. Saya agak je berapa banyak saya nak masak dan guna. So bahan-bahannya adalah :


  • Roti 2 keping
  • Daging cincang dalam 150gram
  • Sos tomato (kalau ada sos prego lagi sedap) 
  • Telur sebiji
  • Kepingan cheese mozarella (patutnya guna parutan mozarella tapi saya cuma ada kepingan je.. jadi boleh la.. hihi) 
  • Susu segar dalam 100ml
  • bawang besar 
  • Sayur carrot or mushroom kalau ada. Kalau takde pun takpe
  
  Cara buat sangat senang 

  1. Tumis daging dengan bawang besar tadi. Lepas tu letak la sos tomato tadi. Kalau ada sos blackpepper pun sedap juga. Letak sayur dan perisakan dengan garam.. then siap untuk inti lasagna roti dan ketepikan. 


2.  Pecahkan telur dan campurkan telur tersebut dengan susu segar tadi. Campuran ni untuk rendam roti untuk buat lapisan lasagna. 


3.  Potong roti kecik-kecik. Kalau guna loyang besar.. roti tak payah potong pun takpe. Sebab loyang saya ni kecik je.. jadi saya carik-carikkan roti. 



4. Rendam roti dan susun roti dalam loyang.

5. Lepas susun roti.. letak pulak inti daging tadi, dan kemudian letak kepingan mozarella cheese. 


6.  Ulang proses yang sama untuk kepingan roti, daging cincang dan cheese tadi. Dapatlah 2 lapis lasagna roti. 

boleh tabur serbuk oregano kat atas

7.  Bakar selama 15minit dengan suhu 150 darjah celcius. 

8.  Tadaaaa.. siap da lasagna roti ekspress. 

lasagna roti ekspress siap! 

  Mudah dan ekspress kan?? Rasa tak la sesedap lasagna yang betul2 ikut resepi tu. Tapi boleh la untuk melepaskan keinginan tekak.. hehe. 

  Jadi selamat mencuba!!!


Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!










0 comments:

Post a comment