Sedar tak sedar.. kita sudah menginjak ke 10 hari terakhir di bulan Ramadan. Sesungguhnya di 10 malam terakhir ini, rata-rata umat Islam akan meningkatkan ibadah bagi bertemu malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatul Qadar.
Malam Lailatur Qadar adalah malam yang sangat istimewa dibulan Ramadan. Dalam surah Al-Qard ayat 1-3 menyebut
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan'
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qard :
dan maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku"
Manakala antara doa yang boleh diamalkan untuk bertemu malam Lailatul Qadar sepanjang Ramadan pula adalah:
Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini danjuga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dimalam Lailatul Qadar ini juga, setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda. Justeru untuk mendapatkan malam yang penuh berkat ini, umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah bersungguh-sungguh. Antara ibadah yang boleh diamalkan adalah:
1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan solat dan membaca Al-Quran.
Daripada Abu Hurairoh, sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud:
" Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri) akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu"
2. Beriktikaf dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca Al Quran dan sebagainya.
Baginda beriktikaf ketika masuknya 10 malam yang terakhir.
3. Perbanyakan doa dan minta keampunan dari Allah
Aishah pernah betanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka Baginda berkata
"Katakanlah, Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku"
Sekiranya sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar, maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1000 bulan.
Marilah kita bersama-sama melipatgandakan amalan kita untuk 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. Semoga setiap amalan dan ibadah kita akan mendapat keredhaan dari Allah. InsyaAllah, amin
Salam Sayang...

Call / Whatsapp : 019 393 7880
Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
0 comments:
Post a comment