Ostematrix Membantu Hilangkan Sakit Badan

Assalamualaikum..

  Salam Syawal..hari ni da masuk 4 Syawal..rasanya masih ramai lagi dalam mood raya dan mood makan-makan bersama keluarga kan? Walaupun tahun ni tak boleh beraya seperti tahun-tahun lepas, namun kita boleh meraihkan syawal kita tahun ni dengan cara kita sendiri.

  Saya sendiri pada hari raya pertama hanya mampu ziarah 2 buah rumah saja, itupun sebelum ziarah, kena tanya tuan rumah dulu sebab raya tahun ni, kita kena mematuhi beberapa SOP yang kerajaan tetapkan bila ziarah raya. Alhamdulillah, dapatlah juga menikmati juadah raya orang lain disamping juadah raya dirumah sendiri..heheh

  Bercakap tentang juadah raya ni, lemang dan ketupat adalah menu raya yang wajib ada. Tanpa lemang dan ketupat rasa macam ada kekurangan pula dalam menu raya. Rumah saya sendiri, lemang dan ketupat ni memang jadi sajian hari raya. Lemang dan ketupat ni memang sedap nak makan, tapi bila dah makan berlebih-lebih tu, mula la sakit badan sesak dada, senak perut.

menu raya kami yang ringkas

  Orang tua-tua kata makanan berasaskan pulut ni angin..bila angin mula la sakit-sakit badan. Orang lain mungkin tak merasa pengalaman yang saya rasa, tapi untuk saya, kalau dah melebih-lebih makan makanan berpulut dan bersantan ni, memang siaplah sakit seluruh badan.

  Biasanya bila badan da mula rasa sakit-sakit macam ni, saya akan ambil Ostematrix dan juga Peppermint Ginger Plus. Ostematrix ni sebenarnya sangat-sangat membantu menghilangkan lenguh-lenguh atau sakit-sakit badan. Satu lagi, dah makan macam-macam masa raya ni, mesti potensi nak sembelit tu ada. Makan Ostematrix ni esok pagi, confirm flush out sisa makanan dengan lancar..heheh

Boleh katakan bila makan Ostematrix ni, hilang terus sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan. Nak melawas pun takde masalah. Seperkara lagi yang saya perasan bila dah makan macam-macam ni, perut akan merasa tak selesa sebab macam-macam jenis makanan kita sumbat. Untuk orang yang mempunyai sejarah gastrik (macam saya) bila da sumbat makanan macam-macam, gastrik akan datang balik. Tapi bila makan Ostematrix ni, syukur takde kena gastrik attack.

 Hah..okaylah..panjang berjela pula post kali ni..ingat nak post santai-santai je sebab masih dalam mood raya lagi..sampai jumpa lagi di next entri..Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Stay safe and stay home :)





Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!










0 comments:

Post a comment