Kenapa Shaklee Tidak Di Jual Di Farmasi?

Assalamualaikum..


  Ketika adik saya bercuti ke Singapura dalam 3-4bulan lepas, dia ke sebuah farmasi untuk membeli barang pencuci muka. Kebetulan ketika survey barang yang dia nak beli tu, dia jumpa pula vitamin Shaklee yang dipamerkan di rak-rak suplemen.

  Lalu dia bertanya.. kenapa di Malaysia.. vitamin Shaklee tidak dijual di farmasi?  Dulu pun saya terfikir benda yang sama, tapi setelah lama mengambil Shaklee, baru saya tahu kenapa.

Shaklee adalah syarikat berdaftar MLM. 

  Ketika Dr Forest C Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee, beliau ingin produk Shaklee ini dijual secara Multi Level Marketing (MLM) untuk bisnes marketing. Beliau nak produk Shaklee ni dikongsi oleh ramai orang tanpa sebarang masalah dan bukan untuk dijual semata-mata.

  Beliau ingin mereka yang membeli vitamin Shaklee ni mendapat konsultasi dan follow up jika customer hadapi sebarang masalah.

Akta Jualan Langsung. 

  Bila vitamin Shaklee masuk ke Malaysia, ia berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung dan tidak boleh dijual  di farmasi, klinik atau mana-mana kedai dan pasaraya.  Ia hanya boleh dijual oleh pengedar yang sah sahaja.

  Merujuk kepada  Business Manual Shaklee Malaysia telah dinyatakan bahawa "4.4 Peraturan Jualan Langsung- Peluang dan Produk Shaklee direka khas untuk jualan langsung dan tidak boleh dijual atau dipromosikan kepada atau daripada stor runcit, secara langsung atau menerusi pihak ketiga. Sebarang Pengedar Bebas Shaklee yang melakukannya boleh dikenakan tindakan penamatan serta merta dengan bersebab"

  Jadi kalau anda terjumpa produk Shaklee yang dijual di farmasi dan pasaraya secara terbuka, ini bermakna peniaga tersebut telah melanggar Akta Jualan Langsung yang telah ditetapkan.

  Begitu juga bila dijual di flatfom online lain seperti Lazada dan Shoppe.. ia adalah dilarang sama sekali. Bila tak dijual di farmasi tak bermakna produk tak bagus kan?

Kenapa produk Shaklee boleh dijual di farmasi Singapura? 




  Berbalik kepada cerita adik saya tadi, kenapa produk Shaklee ada dijual di farmasi Singapura tapi di Malaysia tidak?

  Berbeza di Singapura, Shaklee tidak didaftakan secara MLM dan boleh dijual secara retail atau dijual di farmasi. Ini adalah salah satu cara untuk marketing di negara mereka.

Kelebihan pembelian melalui pengedar

  Sebenarnya apabila Shaklee dijual melalui pengedar yang sah.. anda dapat lebih banyak manafaatnya. Contohnya ye

  • Harga yang dijual lebih murah berbanding harga di farmasi, terutamanya bila anda sudah menjadi pengedar Shaklee yang sah
  • Customer boleh mendapatkan konsultasi terus tentang produk contohnya cara pengambilan produk ataupun pertanyaan tentang produk
  • Jika anda mempunyai masalah ketika mengambil vitamin Shaklee.. anda boleh terus berhubung dengan pengedar yang menjual vitamin tersebut kepada anda. Itu hak anda tau.. 
  Nampak tak betapa perlunya anda membeli vitamin Shaklee melalui pengedar. Kalau beli kat farmasi.. tak kan nak ke farmasi sentiasa kalau nak dapatkan konsultasi kan? 

  Jadi harap dengan sedikit penerangan dalam post ni.. boleh menjelaskan serba sedikit kenapa produk Shaklee tidak dijual di farmasi. 

  Nak cari pengedar Shaklee yang sah pun tak susah. Google je pengedar Shaklee dikawasan anda dan akan keluarlah senarai pengedar Shaklee yang anda inginkan.



  Saya pun pengedar Shaklee yang telah berdaftar sejak 2012 tau. Jadi kalau nak beli vitamin Shaklee.. boleh hubungi saya. Vitamin Shaklee saya boleh pos ke seluruh Malaysia dan COD available di sekitar Taiping dan Kamunting.

Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!


  

0 comments:

Post a comment