Doa Untuk Murah Rezeki..

Assalamualaikum..

  Doa merupakan senjata mustajab bagi orang Islam. Untuk kita dimurahkan rezeki, penting untuk kita menuturkan kata-kata yang baik kerana setiap kata yang kita keluarkan itu adalah doa untuk diri kita sendiri.



  Ada banyak doa yang saya baca yang boleh kita amalkan untuk murah rezeki. Namun ada satu doa yang sentiasa saya amalkan bila masa saya rasakan rezeki saya seolah-olah terputus atau pun hampir tiada. Sebenarnya sebagai manusia biasa ni, Allah sentiasa memberikan kita rezeki yang cukup, cuma samada kita bersyukur atau tak dengan rezeki yang Allah berikan itu yang akan membezakan kita dengan orang lain.

  Pernah satu masa, seorang rakan nak pinjam duit dari saya, kebetulan duit yang ada pun cuma itu saja. Biasalah manusia kan, mesti rasa insecure bila rasa keperluan diri tak cukup. Namun saya yakin, jika kita betul-betul ikhlas membantu, Allah akan berikan kita rezeki yang lain. Allah akan sentiasa mencukupkan rezeki kita. Bila kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.

  Kemudian saya teringat tentang doa yang pernah kawan kongsikan pada saya. Doa tersebut seperti begini

'Inna haza larizquna maalahu minnafad" - Surah Sad Ayat 54

Maksudnya, " Sesungguhnya ini adalah pemberian Kami kepada Kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis"

  Ajaibnya, bila saya amalkan doa tersebut, ada pula kawan lain yang bayar hutang pada saya, sedangkan saya terlupa langsung tentang hutang yang dia pinjam. Suratan atau kebetulan? Semuanya Allah telah rencanakan mengikut kehendakNya.




  Sebab itu sangat penting untuk kita set mindset kita. Kalau kita fikirkan rezeki kita tak cukup, maka tak cukuplah. Duit pun takut nak datang kalau kita asyik berkira tentang duit kan. Kalau kita yakin rezeki itu sentiasa ada, yakinlah Allah pasti akan bantu..

  Semoga perkongsian ini mampu membawa manafaat pada semua.


Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!










0 comments:

Post a comment