6 Tips Untuk Atasi Kulit Berminyak

Assalamualaikum..



  Rimasnya rasa bila kulit kita berminyak kan..baru touch up dengan foundation dan bedak, tak sampai setengah jam, dah berminyak balik. Lepas tu bila nak ambil gambar, nak berselfie ke, ish, muka kat gambar berkilat-kilat macam kena pancaran matahari.

  Jika tak atasi masalah kulit berminyak ini, mungkin akan menyebabkan masalah kulit yang lain. Contohnya masalah jerawat dan seterusnya membawa kepada masalah muka yang berparut akibat dari jerawat. Jadi lebih baik untuk kita mengambil langkah untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini sebelum ia membawa kepada masalah kulit yang lain.



  Beberapa tips saya boleh kongsikan untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini. Tips ini juga saya amalkan untuk diri saya sendiri bila saya rasakan kulit muka saya mula berminyak. Mungkin dengan mengamalkan tips ini, boleh mengatasi masalah kulit berminyak yang anda hadapi.

1. Guna pencuci muka yang betul

  Mungkin kita tak ambil kisah sangat tentang jenis pencuci muka yang kita pakai, tapi pemilihan pencuci muka sangat mempengaruhi samada kulit muka kita akan mengeluarkan lebih banyak minyak atau menjadi semakin kering. Untuk kulit yang berminyak, carilah pencuci muka yang berasaskan air atau gel yang lembut. Ia bukan saja menghilangkan minyak, malah ia membantu menghilangkan kotoran dan mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi.

2.  Elak mencuci muka dengan bahan yang kasar


  Sesetengah orang lebih suka mencuci muka dengan tuala ataupun span muka. Hati-hati ye, sebab bahan yang kasar akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semulajadi yang hilang akibat menggunakan bahan tersebut

3.  Cuci muka siang dan malam


  Sebaiknya bila dah bangun dari tidur tu, cucilah muka dengan pencuci muka yang sesuai. Begitu juga sebelum tidur, pastikan anda cuci muka terlebih dahulu. Tujuannya untuk menyingkirkan lebihan minyak pada kulit bagi mengurangkan masalah kulit berminyak. Seeloknya cucilah muka dengan air yang bersuhu bilik untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.

4.  Pemilihan toner dan moisturizer yang betul

    Untuk kulit berminyak, toner hanya dipakai untuk kawasan yang berminyak saja ye. Toner bertujuan untuk menutup pori kulit dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Untuk moisturizer pula, pastikan moisturizer anda tidak mengandungi petroleum atau shea butter sebab ia akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Belilah moisturizer yang oil free.

5.  Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak



  Jika anda perasan, bila anda kurang makan makanan berminyak, kulit anda juga kurang berminyak, begitu juga sebaliknya. Bukan saja makanan berminyak, malah makanan yang tinggi gula, garam dan tinggi lemak juga boleh menjadi penyebab untuk kulit berminyak. Lebihkan sayuran dan buahan untuk mengurangkan potensi kulit yang berminyak. Kalau boleh masaklah makanan dengan cara mengukus atau merebus.

6.  Minum air yang cukup


  Minumlah air yang cukup mengikut keperluan harian kita kerana air mampu membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan. Cara ini paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bermaya. Selain itu, jangan stress ye..stress akan menyebabkan kulit anda berminyak akibat gangguan hormon.

  Mudahkan 6 tips ni..terpulang  pada kita samada nak buat atau tak. Asasnya adalah jaga pemakanan dan gaya hidup kita. Pemakanan dan gaya hidup yang sihat akan menjadikan kulit kita juga sihat. InsyaAllah dilain entri saya akan kongsikan suplemen yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah kulit berminyak.


Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
Ingin menjadi Ahli  Shaklee : JOIN NOW!





0 comments:

Post a comment