Tips Berpuasa Dengan Shaklee? Senang Jer!

Assalamualaikum..

  InsyaAllah minggu depan kita akan mula berpuasa.. ramai yang kata berpuasa tahun ni rasa lain kan.. yelah.. musim PKP ni, bazar ramadan pun takde.. jadi feel berpuasa tu lain sikit.



   Tapi jangan risau..walaupun bazar ramadan takde tahun ni, vitamin Shaklee tetap setia menjadi peneman anda ketika berpuasa. Nak tahu tips berpuasa dengan Shaklee? Senang jer!!

TIPS 1 : JANGAN TINGGAL SAHUR


  Sahur tu sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang kita berpuasa. Pemilihan makanan semasa sahur kalau boleh biarlah berkhasiat. Macam saya sendiri, saya kurang mengambil makanan berat ketika sahur. Cukup 2keping roti dan sebiji telur. Tapi untuk anak saya, saya akan pastikan dia makan nasi dan lauk untuk memberikan tenaga. Yelah.. budak2 kan.. biarlah makan lebih sikit supaya mereka tahan berpuasa sampai masuk waktu berbuka.

TIPS 2 : KEKAL AKTIF DAN TERHIDRAT



  Satu punca kenapa badan kita lemah ketika berpuasa adalah kerana kekurangan bendalir dalam tubuh kita. Bila tubuh kurang air.. kita akan merasa cepat letih. Jadi pastikan ketika berpuasa.. kita minum air yang secukupnya ketika berbuka atau ketika bersahur. Elakkan minum air yang manis kerana air yang manis boleh menyebabkan kita lagi cepat dahaga.

TIPS 3 :REHAT DAN TIDUR MENCUKUPI



  Hah.. bulan puasa ni jangan pula ambil kesempatan nak tidur je ye. Nanti kurang pula pahala puasa tu nanti..Maksud tidur yang cukup ni.. tidur pada waktu malam yang cukup. Bila tidur kita cukup.. badan pun segar pada keesokkan harinya. Jadi nak berpuasa pun penuh tenaga. Takdelah kita asyik tak larat saja kan.

TIPS 4 : PILIH MAKANAN YANG BERNUTRISI



  Penting untuk membekalkan makanan yang bernutrisi ketika kita bersahur. Kalau boleh biarlah makanan tersebut mengandungi karbobidrat, protien dan juga serat. Bukan ketika bersahur je tau.. masa berbuka pun.. kena juga sediakan makanan seimbang untuk membekalkan tubuh tenaga bagi menjalankan ibadah terawih nanti.



  Antara cabaran ketika berpuasa adalah menyediakan makanan yang seimbang dan dalam masa yang sama menyihatkan. Penting untuk kita memilih makanan yang membantu kita untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.

  Untuk keluarga saya.. sudah 8 tahun saya mengamalkan pengambilan ESP shaklee ketika berpuasa. Kadang bila tak sempat.. saya cuma mengambil ESP dan kurma ketika bersahur dan alhamdulillah sudah cukup membekalkan tenaga untuk saya berpuasa.



  Tahun ni merupakan tahun ketiga untuk. anak saya yang berusia 8 tahun berpuasa. Seperti saya juga.. saya juga memastikan dia mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee ketika berpuasa. Mealshakes adalah pilihan anak saya ketika berpuasa.



  Tapi untuk kanak2 yang berpuasa atau baru belajar berpuasa.. sediakan juga makanan seimbang untuk mereka bersahur ye. Kanak-kanak ni kan aktif.. jadi biar mereka kekal bertenaga walaupun berpuasa. Jadi pemilihan makanan seimbang sangat dan pengambilan vitamin Shaklee dapat membantu anak2 kita semasa berpuasa.



  Bulan puasa.. kalau boleh kita ingin kekal sihat. Bila badan sihat.. kita pun boleh fokus dengan ibadah kita dan sekaligus boleh fokus melakukan kerja yang lain. Untuk melihat testimoni berpuasa dengan vitamin Shaklee.. boleh klik pada LINK ini ye.

  Akhir sekali.. semoga ibadah puasa kita dipermudahkan tahun ni walaupun dalam musim PKP...insyaAllah amin.


Salam Sayang...




 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 







  




















0 comments:

Post a comment