Resepi Laksa Johor Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum..

  Beberapa hari yang lepas, saya nampak kawan saya share resepi Laksa Johor di facebook. Pada mulanya takdelah nak tengok sangat  resepi yang dia share tu, sampailah dia share resepi tersebut dalam blognya.


  Bila baca resepi tersebut.. eh.. cam menarik pula resepi ni. Menarik sebab selain nampak sedap.. bahan-bahan dan cara buat pun senang. Maklumlah saya ni kalau nak masak sesuatu.. saya kurang rajin nak cari bahan kat pasar.. melainkan kalau betul saya nak makan sesuatu menu tu baru saya akan usaha cari bahan yang diperlukan.

  Satu lagi.. untuk resepi Laksa Johor express ni, kebetulan bahan2 yang dperlukan pun memang ada kat rumah..jadi on lah! Cuma adalah satu dua bahan yang tak lengkap kan.. tapi pandai2 la modified.. hahaha (derhaka resepi sikit🤭).

  Resepi Laksa Johor yang sebenar ni kalau ikutkan banyak juga bahan dia. Boleh google ya kalau nak resepi sebenar Laksa Johor ni. Tapi nama pun resepi Laksa Johor mudah.. so bahan pun mudah. Jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan pun mudah. Asam jawa tak letak pula kat pinggan tu.. hihi


  Bahan-bahan


  1.   1/2 biji bawang besar (saya guna bawang      holland sebab bawang besar takde😂) 
  2.   2 ulas bawang putih
  3.   1 sudu besar cili boh
  4.   5 sudu besar rempah kari ikan
  5.   6 sudu besar kerisik
  6.   segenggam udang kering
  7.   Sardin dalam tin (sardin jenama apa pun      takpe) 
  8.   1.5 kotak santan (saya guna sekotak.              Tapi kalau nak kuah pekat lagi.. bolehlah      tambah santan lagi ye) 
  9.   Spegeti (Yang ni terpulang berapa banyak    nak makan) 
  10.  sedikit asam jawa
  11.   timun dan limau (untuk hiasan.. tapi saya    tak letak) 

  Cara Masak

  1. Tumbuk udang kering sehingga lumat.        Tapi kalau nak rasa testur udang kering tu, tak perlulah tumbuk sampai lumat semua. Da tumbuk ketepikan. 
  2. Asingkan pula kuah sardin dengan isinya. Sardin tadi ditumbuk sampai lumat juga. Lepas lumat..boleh combinekan sardin dengan udang kering yang da ditumbuk tadi. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang holland dgn bawang putih yang telah ditumbuk. 
  4. Masukkan serbuk kari dan kerisik yang dicampur dengan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau. 
  5. Bila dah pecah minyak.. boleh la masukkan santan dan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan ye. 
  6. Kacau sehingga menggelegak.. SIAP! kuah laksa Johor saya! 
Ambil gambar kuah je.. gambar langkah masak tak sempat ambil sebab fokus sangat nak masak😄

  Untuk spegeti pula.. rebuslah spegeti ikut berapa banyak yang anda nak.. bila rebus tu.. letaklah sedikit minyak supaya spegeti tak melekat. Macam saya.. saya cuba rebus 1/4 dari spegeti ni.. sebab makan berdua je kan.. kalah rasa tak cukup.. rebus la lagi.. hehehehe

  Macamana? Mudah sangatkan resepi ni. Apa yang penting.. bahan pun senang nak cari. Boleh la buat untuk makan sekeluarga.  Jadi selamat mencuba semua!

Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

  



















0 comments:

Post a comment