Resepi Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken

Assalamualaikum..

  Kalau anda pernah makan kat Texas Chicken, mesti anda familiar dengan dessert dia yang dipanggil Honey Butter Biscuits. Saya kalau pergi Texas Chicken biscuits ni mesti wajib saya beli. Sedap dan gebu!! Mula2 dulu pelik kenapa dipanggil biscuits sebab nampak macam muffin. Tapi tak kisahlah.. janji sedap.. hehe.



  Jadi google la resepi Honey Butter Biscuits ni. Rupanya senang je nak buatnya. Bahan pun senang tau. Percubaan kali pertama saya pun menjadi. Yelah, walaupun rupa takdelah sama dengan yang kat Texas Chicken itu, tapi rasa tu tetap ada.

  Ok.. ni resepinya. Resepi asal guna air fryer. Tapi sebab kat rumah ni ada oven je.. so kita bake kat oven je la ye..

 Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula pasir. Kalau nak manis.. tambahlah ikut selera korang ye
  • 115 gram butter sejuk.. saya guna buttercup je. Tapi nak lebih sedap.. gunalah pure butter. Confirm rasa marbeles
  • 140ml susu segar
  • 2sudu cuka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 50gram madu (ni untuk sapu pada adunan je.. jadi boleh agak2 berapa banyak korang nak guna) 
  • 50gram butter (ni pun untuk glaze kat adunan je) 



Cara membuatnya:
  • Ayak tepung gandum, baking powder, gula dan butter sehingga menjadi breadcrumbs. 
  • Masukkan 140ml susu segar dan 2 sudu kecil cuka ke dalam adunan. Dan gaul sehingga menjadi bentuk doh. 
  • Biscuits ni saya tak perlu bentukkan.. guna scoop icecream je nak bagi bentuk ala2 bulat tu. Takde scoop icecream.. pakai tangan pun boleh.. hehehe
  • Bakar dalam oven suhu 180darjah celcius selama 15minit (atau sehingga doh tu da masak) 
  • Sebelum masak tu.. glazekan la honey and butter tu kat atas biscuits tadi
  • Siap!!! 
Walau rupa berbeza tapi rasanya sedap.. hihih

  Ada orang nak bentuk dia sekata, dia letak adunan ni dalam acuan muffin. Pun boleh! Janji adunan ni bentuk ala-ala buat. Rasanya memang sedap. Boleh la buat desert untuk buka puasa time covid ni. Nak ke texas chicken tak boleh pula nak keluarkan.

  Selamat mencuba!!



Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 












0 comments:

Post a comment