Punca dan Tips Atasi Masalah Keguguran Rambut

Assalamualaikum..


  Rimasnya kan bila tengok kat lantai banyak sungguh rambut yang gugur. Selepas saya melahirkan anak 8 tahun dulu, saya memang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk, sampai rasa phobia pula nak sikat rambut.  Saya rasa bukan saya saja, kebanyakkan ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami masalah keguguran rambut. Masalah ini mungkin akan berlarutan selama 3-6 bulan malah ada yang ambil masa sampai setahun.

  Masalah keguguran rambut dikalangan wanita yang baru bersalin adalah sesuatu yang normal. Apa yang menyebabkan keguguran rambut ini berlaku?

Hormon yang tak stabil

  Ketika seorang wanita itu hamil, hormon dalam tubuh adalah dalam peringkat yang paling optimum. Sebab tu sewaktu hamil, kita sering melihat wajah wanita itu 'glowing' akibat dari hormon dalam tubuh. Semasa hamil hormon estrogen wanita sangat tinggi dan hormon ini akan membantu pembaharuan sel dengan cepat. Jadi walaupun ketika hamil rambut gugur, ia akan digantikan dengan cepat dengan adanya hormon estrogen yang tinggi.

  Namun selepas kelahiran, hormon estrogen akan menurun dan kekurangan hormon ni akan menyebabkan rambut akan lebih cepat gugur dan lambat tumbuh.

Tekanan

  Kelahiran anak akan memberikan perubahan yang besar pada seorang wanita. Ibu baru mungkin akan rasa tertekan, kurang tidur dan kurang rehat dalam menjaga anaknya. Keadaan tekanan seperti ini boleh membawa kepada masalah keguguran rambut yang serius


Kekurangan Vitamin

  Kekurangan vitamin juga boleh menjadi punca kepada keguguran rambut yang teruk selepas kehamilan. Ketika hamil, ibu akan mengambil vitamin untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Begitu juga ketika menyusukan bayi. Ibu boleh mengalami masalah kekurangan nutrisi kerana sebahagian nutrien dalam badan disalurkan kepada bayi ketika hamil dan diserap oleh  bayi dalam susu ibu ketika menyusukan bayi.


Tips mengelakkan rambut gugur dengan banyak.

    Sebenarnya sukar untuk menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Rambut akan tetap gugur cuma kita boleh mengawal rambut gugur dengan banyak dengan cara berikut

  • jangan sikat rambut ketika ia masih basah
  • jangan gunakan alat pengering rambut sementara waktu kerana selepas bersalin sel rambut kita masih rapuh dan mudah gugur
  • amalkan pengambilan vitamin yang kaya dengan multivitamin dan protien untuk membantu pertumbuhan sel rambut baru
  Kita mungkin tak boleh mengawal keguguran rambut selepas bersalin. Jadi penting untuk kita mengambil nutrien yang secukupnya semasa hamil dan selepas kelahiran. Pengambilan protien seperti ESP akan membantu mempercepatkan pertumbuhan sel rambut yang baru dan Zink Kompleks membantu dalam mengurangkan kadar keguguran rambut. Pastikan anda juga mengambil Multivitamin untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada tubuh anda.


  Testimoni











    Ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang vitamin Shaklee bagi mengurangkan masalah keguguran rambut anda? Boleh hubungi saya seperti berikut ya..


Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 


0 comments:

Post a comment