Pengalaman Menjalankan Ujian Mamogram

 Assalamualaikum..

  Bila sebut mamogram, dikalangan wanita kita pasti familiar dengan istilah ini. Namun bagi mereka yang tak tahu apakah itu mamogram.. ia merupakan prosedur saringan atau ujian untuk melihat risiko penyakit kanser payudara bagi seorang wanita.



  Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk menjalani saringan ini kerana saya banyak mendengar cerita bahawa prosedur ini sangat menyakitkan. Sehinggalah satu hari bila saya mendapati adalah ketulan pada bawah ketiak saya, saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor untuk memastikan ketulan tersebut bukan sesuatu yang membahayakan kesihatan.


anda juga boleh menjalankan pemeriksaan payudara sendiri dirumah

  Alhamdulillah selepas pemeriksaan secara fizikal, doktor menyatakan ketulan tersebut bukan tumor dan tak perlu dirisaukan. Namun doktor tetap menyarankan untuk saya menjalankan ujian mamogram memandangkan saya tak pernah lagi menjalankan ujian ini dan wanita yang berusia 40an amat digalakkan untuk menjalankan ujian ini.

  Secara jujurnya.. saya memang takut. Saya banyak dengar pengalaman mereka yang menjalani ujian mamogram ini sangat menyakitkan dan kesan radiasinya mungkin menimbulkan kesan pada jangka masa panjang. Tapi demi kesihatan diri.. saya tetap kuatkan hati untuk menjalani procedur ini.

  Okay.. tiba hari yang dijadualkan.. sebelum prosedur dilakukan.. doktor menjelaskan beberapa pekara tentang mamogram dan saya dibenarkan untuk bertanya soalan tentang prosedur ini. Antara penjelasan yang doktor terangkan adalah


  1. Radiasi dari sinar x mamogram adalah sangat rendah dan risikonya adalah sangat kecil. Jadi tak perlu risau tentang radiasi sinar x dari mamogram. 
  2. Procedur ini mengambil masa dalam 20-30minit bergantung pada gambar xray yang mereka perolehi
  3. Kita akan merasa sakit sedikit ketika prosedur ini dijalankan.. tapi jika dibandingkan sakit bersalin.. rasanya prosedur ini insyaAllah kita boleh tahanšŸ˜Š
  4. Pastikan kita tak hamil atau tidak menyusukan anak
  5. Tak boleh memakai apa2 doduren atau bedak ketika prosedur ini dijalankan
  6. Keputusan akan dapat serta merta
  7. Perlu kita tahu bila kali terakhir kita period atau jangkakan next period
  8. Bagi mereka yang tak tahu macamana prosedur ini dijalankan.. gambar dibawah adalah cara bagaimana prosedur ini dijalankan. 


  Alhamdulillah imbasan xray menunjukkan keputusan yang normal. Namun doktor mengingatkan saya untuk jangan ambil mudah tentang kesihatan diri.

contoh imbasan xray yang normal

 Sebagai seorang wanita.. risiko untuk kita mendapat penyakit seperti kanser payurada, kanser rahim, kanser serviks sentiasa ada. Jadi pastikan kita melakukan pemeriksaan kesihatan diri seperti mamagram dan pap smear sekurang-kurangnya sekali seumur hidup ya..


  Salam Sayang...






  Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 


0 comments:

Post a comment