Makan Vitamin Menaikkan Berat Badan?

Assalamualaikum..



  Sebenarnya topik ni saya pernah post dalam blog saya sebelum ni, cuma waktu saya post topik yang sama, saya memfokuskan pada vitamin B Kompleks. ( Boleh rujuk entri saya yang terdahulu DISINI dan DISINI juga). Cuma kali entri saya kali ni, saya tak fokuskan pada certain vitamin saja..saya terangkan secara keseluruhannya betul kah pengambilan vitamin ini menaikkan berat badan?

  Perkara asas yang kita tahu, kenaikan berat badan ni berkait rapat dengan tahap metabolisma tubuh kita. Selain daripada tu, ada faktor lain sebenarnya yang menyebabkan kenaikan berat badan, contohnya cara pemakanan kita (makan makanan yang tak berkhasiat) dan gaya hidup kita ( tak bersenam, stress, kurang rehat dsb)

Bila metabolisma meningkat, lebih banyak kalori dibakar dan menurunkan berat badan


  Jadi apa kena mengena pengambilan vitamin dan berat badan naik sebenarnya? Okay, saya bagi contoh ye. seorang customer ingin membeli vitamin C dari saya..tapi takut mengambil vitamin C kerana rakan-rakannya mengatakan makan vitamin C, selera makan akan bertambah-tambah sampai berat badan pun naik.

  Vitamin C secara umumnya berfungsi untuk meningkatkan imuniti tubuh badan kita. Vitamin C yang kita gunakan akan membaiki sel-sel yang rosak dalam badan. Proses pemulihan ini memerlukan banyak tenaga dan sekaligus akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh kita. Bila metabolisma meningkat, ia menyebabkan badan kita trigger rasa lapar.



  Masalahnya bila kita lapar, kita cenderung makan benda yang tak berkhasiat dan mempunyai kalori yang tinggi. Nak makan roti la, lepak kedai mamak makan roti canai la, minum teh tarik la..Lepas tu salahkan pula vitamin yang kita makan tu sebagai penyebab kenaikan berat badan kita pulak,  sedangkan kita sendiri yang tak boleh kawal nafsu makan kita..dan makan benda-benda yang tak berkhasiat.


  Saya selalu pesan pada customer saya, bila makan vitamin, pastikan minum air yang banyak. Macam yang saya katakan tadi, vitamin akan meningkatkan tahap metabolisma badan kita, jadi kita cenderung rasa lapar. Tapi perlu kita ingat ya, bila kita lapar..adakah sebenarnya kita benar-benar lapar atau sebenarnya tubuh kita kekurangan air. Bila kita baru saja lepas makan tengahari yang berat, dan perut kita masih rasa lapar, adakah kita benar2 pasti yang kita ingin makan lebih banyak atau pun kita sebenarnya kurang minum air?

  Kekurangan bendalir dalam badan juga boleh menyebabkan kita 'seolah-olah' berasa lapar ye..sedangkan yang kita perlukan adalah cecair untuk menghidratkan tubuh kita. Jadi..salah vitamin ke kalau berat badan kita naik? Jadi jangan confuse ye..take more water bila kita lapar jika kita sudah mengambil makanan yang berat.



  Jadi apa nak buat sebenarnya bila kita lapar??

  • minum banyak air kosong dan bukan air manis yang tinggi kalori yang boleh menambahkan berat badan
  • ambil la snek yang berkhasiat seperti Energy bar, kekacang atau kurma. Kalau susah sangat nak cari snek yang sihat ESP, Mealshake atau Cinch Shaklee kan ada..hehe
  • Waktu makan, pilihlah makanan yang betul-betul mengenyangkan..orang kata nak diet makan roti pun cukup..padahal 2 keping roti itu dah bersamaan dengan sepinggan nasi. Jadi mana lebih kenyang? 
  • Perlu tahu yang kebanyakan suplemen mempunyai mempunyai nilai kalori yang rendah. Contohnya ESP cuma mengandungi 105 kalori bagi satu hidangan, cinch 190 kalori bagi satu hidangan dan Mealshake 120 kalori bagi satu hidangan. Sebab itu, minuman protien ini sentiasa dijadikan meal replacement bagi mereka yang ingin berdiet.
  So, saya harap lepas baca post ni, janganlah salahkan vitamin lagi ye kalau berat badan naik. Of course memang ada vitamin yang membantu customer untuk menaikan berat badan, tapi yang tu saya akan sharekan pula pada posting yang akan datang..


  

Salam Sayang...



 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

0 comments:

Post a comment