Cara Pengambilan Vitamin Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum..



  Semalam saya berkesempatan menghadiri Kelas Nutrisi Shaklee melalui aplikasi Zoom bersama pakar nutrisi dari Shaklee. Kelas yang dihadiri seramai 26 orang SID ni membincangkan tentang pengambilan suplemen ketika berpuasa. Yelah, bulan puasa ni, untuk mereka yang baru mengamalkan pengambilan suplemen, pasti nak tahu macamana pengambilan suplemen ketika berpuasa kan.

  Sebenarnya tidak ada cara yang tepat nak mengambil suplemen ni. Untuk saya sendiri, saya mengambil suplemen mengikut kesesuaian masa saya. Kadang-kadang tu, ikut suka je bila nak ambil..heheh..yang penting kena ikut pantang larang pengambilan suplemen contohnya jangan ambil kafien dengan suplemen.


  Okay, ini apa yang saya belajar hasil dari kelas nutrisi semalam.
  • Vitamin yang berasaskan protien ataupun vitamin yang berasaskan minuman, boleh diminum ketika bersahur. Contohnya macam ESP, mealshakes ataupun Cinch.
  • Vitamin yang biasa kita ambil pada waktu tengahari dan pagi, kita boleh ambil ketika bersahur. Contohnya Vitalea, Vitamin B Kompleks atau pun vitamin C boleh ambil ketika bersahur.
  • Bagi vitamin yang memerlukan kita minum air yang banyak, seperti Alfalfa, dan Omega, boleh mengambil vitamin ni selepas waktu berbuka. Untuk Alfalfa, jika sebelum ini kita ambil sebanyak 9 biji, anda boleh kurangkan pengambilannya ke 3-6biji sebab kita kena minum air yang banyak kan bila makan Alfalfa.
  • Vitamin seperti Ostematrix seperti biasa ambil sebelum tidur iaitu selepas terawih.
  • Bagi mereka yang ambil Vivix, anda boleh ambil Vivix semasa bersahur ataupun sebelum tidur.
  Bagaimana pula dengan pengambilan air ketika bulan puasa. Yelah, makan vitamin ni kena minum air yang banyak kan..okay..ini antara tipsnya
  • 1 gelas selepas azan maghrib (air biasa tau..bukan air manis)
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur ( bukan selepas azan subuh tau..hihi)

  Cukup 8 gelas kan? Untuk mereka yang ingin kekal hidrated bulan puasa ni supaya lebih bertenaga, boleh la ambil Performance drink Shaklee. Performance ni elok kerana ia mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan dengan cepat. Sebab tu dalam set Ramadan Shaklee, Performance Drink antara minuman yang di syorkan.

  Harap post ini dapat membantu anda yang masih tertanya-tanya cara pengambilan vitamin ketika bulan puasa. Macam yang saya cakap tadi, tak ada spesifikasi yang khusus tentang masa pengambilan vitamin ni, semua terpulang pada anda. Jangan je ambil vitamin time tengah berpuasa ye..nanti ada pula kena ganti puasa.

  Nak lebih maklumat lanjut tentang vitamin Shaklee, boleh hubungi saya seperti dibawah



Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

0 comments:

Post a comment