Bekerja Dari Rumah.. Hikmah Disebalik Cabaran..

Assalamualaikum..

  Agak lama juga saya tak mengarang sesuatu dalam blog ni. Bukan tak cuba untuk membuat entri baru.. da beberapa kali percubaan nak buat entri baru.. tapi kesudahannya menjadi draf sebab 'feel' menaip dalam blog tu tak ada..

  Ada masa idea mencurah untuk update blog, tapi kengkangan masa dan tanggungjawab sering mencuri ruang untuk saya menaip entri baru.



  Kebetulan masa saya menaip entri ini, adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid 19, yang menuntut semua rakyat Malaysia untuk duduk di rumah  dan bekerja dari rumah (work from home).

  Dulu saya sentiasa cemburukan mereka yang dapat bekerja dari rumah sambil melayan kerenah anak dan suami. Selalu kata 'seronoknya kan.. dapat kerja dari rumah! Boleh hadap anak 24/7.

  Dan sekarang.. Allah telah kabulkan apa yang pernah saya fikirkan. Saya yakin juga pasti ada ibu bekerja diluar sana pernah memikirkan pekara yang sama kan?



  To be honest.. working from home dan dalam masa yang sama melayan anak is not easy at all. The first week it was really a struggle. Nak fahamkan anak yang kita sebenarnya bekerja walaupun berada di rumah pada mulanya agak sukar. The first week 'working from home' was a failure!

  Masuk minggu kedua.. alhamdulillah anak da mula faham dengan konsep bekerja dari rumah. But still it is a struggle to cope with work and house course. Boleh bayangkan selama ni rutin harian pergi kerja balik kerja.. jumpa anak pun masa ambil anak dari sekolah dan pada waktu malam. And now.. semua berubah.



  Kena masak like 4-5 times a day. Kena cari aktiviti supaya anak tak bosan..kena bantu anak buat kerja sekolah secara online, kena layan cerita anak yang tak tau bila nak habis.. fuh.. letih emosi apatah lg bila dalam kepala ni dok fikir pasal kerja yang tak siap2. At one point sampai dah blur.. tak tau nak masak apa dan tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak..



  Tapi bila da masuk minggu kedua ni.. saya dah nampak banyak hikmah disebalik ujian Covid19 ni..hikmah disebalik dugaan bekerja dari rumah.

  Kalau pada hari persekolahan biasa.. saya cuma dpt bersama dengan anak saya 2-3 jam saja. Pagi sebelum pergi sekolah, tengahari selepas sesi sekolah, dan malam selepas kelas tuisyen. Namun sekarang, Allah bagi peluang pada saya untuk tengok wajah anak saya, luangkan masa bersama anak saya unlimited time walaupun ketika saya bekerja.

  Masa2 macam ni baru saya nampak.. anak saya yang saya fikirkan masih kecil lg, sudah mula dewasa. Masa ni saya nampak, betapa manjanya anak saya kerana dia tak dapat menikmati saat2 manja bersama saya kerana sibuk belajar dan saya sibuk bekerja. Masa ni saya baru tahu.. saya sebenarnya banyak kehilangan masa bersama anak saya.



  Masa ni Allah bagi peluang untuk saya melakukan aktiviti bersama dengan anak. Memasak bersama, buat kerja rumah bersama, dapat solat 5 waktu secara berjemaah bersama dan dapat mengaji bersama. Masa seperti ini sangat susah saya perolehi jika bukan kerana terpaksa stay at home and work from home.

  Betullah setiap kejadian yang Allah berikan itu pasti ada hikmahnya. Mungkin banyak perkara yang kita abaikan dalam kehidupan harian kita sehingga Allah menegur kita dengan ujian ini. Mungkin selama ini kita fikir kita sudah cukup bersyukur.. tapi bila Allah bagi dugaan seperti ini..baru kita hargai dan benar2 syukuri apa yang kita miliki.

  Kita tak tahu berapa lama lagi perintah kawalan ini akan diteruskan. Mungkin 2minggu..mungkin juga 3minggu lagi or who knows when semua ni akan berakhir.

  Apa yang pasti.. tomorrow is not a promise. So while we still have today.. just appreciate every single minute of it. Sesungguhnya.. demi masa.. manusia itu kerugian.. so gunakan masa yang ada ini bersama keluarga..



Stay safe, stay at home and work from home everyone!

Salam Sayang..


4 comments: