Bahaya Dehidrasi Semasa Berpuasa

Assalamualaikum..

  Bila kita berpuasa ni, kemungkinan untuk kita mengalami dehidrasi tetap ada. Walaupun kita rasa yang kita dah minum air yang cukup, namun bila kita terdedah dengan cuaca yang panas ditambah pula dengan keletihan, kemungkinan besar kita akan mengalami dehidrasi.

 Apa yang menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi semasa berpuasa walaupun sudah minum air yang cukup? Dehidrasi didefinasikan sebagai kehilangan bendalir yang banyak dari tubuh badan. Antara penyebab berlakunya dehidrasi adalah
  • Aktiviti fizikal yang berat seperti bersukan
  • Cirit birit
  • Berpeluh kerana berada di bawah terik matahari
  • Muntah
  • Tidak sempat makan atau minum semasa bersahur
  • Mempunyai diabetes
  • warga emas
  Dehidrasi yang teruk akan menyebabkan gangguan fungsi ginjal, gangguan pencernaan (sembelit) dan kerosakan organ. Sesetengah kes, dehidrasi boleh menyebabkan pengsan atau kematian.

  Macamana kita nak tahu simptom dehidrasi semasa berpuasa? Tanda pertama tubuh kita kurang cecair adalah dengan merasa dahaga, bibir dan kulit kering, mula merasa pening dan sakit kepala. Paling jelas tanda dehidrasi apabila kita membuang air kecil, urin kita akan berwarna kuning gelap. Bila kita perasan yang kita tidak membuang air kecil sepanjang hari ketika berpuasa, itu juga adalah salah satu tanda bahawa tubuh kita mengalami dehidrasi.



  Namun ada beberapa tanda dehidrasi bila anda alami, anda segeralah berbuka puasa. Tanda ini jika diabaikan mungkin boleh mengancam nyawa. Segeralah mendapat rawatan doktor dan mebatalkan puasa jika anda mengalami simptom berikut:

  • Berasa keliru dan tidak mampu berfikir
  • kulit tidak kembali ke asal selepas dicubit 
  • Kadar pernafasan semakin laju
  • Jantung kerap berdebar tanpa sebab
  • Demam
  • meracau dan mengigau
  • tidak buang air kencing lebih dari 8 jam
  • Denyutan nadi semakin lemah
  • Berlaku kekejangan otot
  • Tidak sedarkan diri atau pengsan
Bagaimana mengelakkan dehidrasi serius semasa berpuasa?

  Pastikan anda minum lapan gelas air sehari. Anda boleh membahagikan lapan gelas air semasa bersahur dan selepas berbuka. Sebaiknya, bersahurlah dengan menu yang penuh serat dan bernutrisi. Jika anda mengalami masalah cirit birit atau menghidap penyakit tertentu, bincanglah dengan doktor sama ada anda boleh menjalani ibadah puasa atau sebaliknya. Ini kerana  sesetengah penyakit tertentu seperti demam denggi boleh menyebabkan tubuh anda kehilangan banyak darah.

Performance Drink Semasa Berpuasa




  Bagi menggelakkan kehilangan banyak bendalir dalam badan, anda digalakkan mengambil minuman isotonik. Performance Drink daripada Shaklee membantu meningkatkan daya tahan badan dengan memberi tenaga kepada otot dan sel dan membantu mengurangkan kehilangan air dalam badan







  Performance drink ni, selain daripada mengurangkan rasa haus, ia juga membantu melembabkan kulit. Jadi kulit takdelah kering je kan. Performance drink juga membantu memelihara paras gula dalam badan. Bagi pesakit diabetes, performance drink ini selamat diminum kerana ia mengandungi kadar 11gram gula untuk 3 sudu performance drink. Bila dah campur dengan air sejuk, tak rasa pun rasa gula tu sebab performance drink ni dibuat dari perisa asli dan bukan dari perisa tiruan.


  

  Performance Drink didatangkan dengan dua perisa yang sedap dan menyegarkan iaitu Tangy Oren dan Lemon Lime. Dua-dua perisa ni sedap dan dua-dua pun menyegarkan tekak terutama sekali bila berbuka puasa.

  Bulan puasa ni, kita kena extra care pada kesihatan kita. Jika nak bersenam atau membuat aktiviti harian, pastikan tubuh kita cukup nutrisi dan cukup cecair bagi mengelakkan masalah kesihatan lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Performance Drink ataupun vitamin Shaklee yang lain, boleh hubungi saya seperti dibawah ya..




Salam Sayang...


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 


0 comments:

Post a comment