Anemia.. Pengalaman dan Testimoni Diri Sendiri

Assalamualaikum..

  Seingat saya, kali terakhir saya mengalami Anemia adalah pada tahun 2018. Itu adalah kali kali pertama dan terakhir saya mengalami masalah anemia. Itu pun sebab saya kurang mengambil pemakanan seimbang dan sentiasa skip mengambil vitamin. Selepas dari itu, seingat saya, saya tak pernah mengalami masalah anemia lagi.



  Namun, Apa yang membuatkan saya tahu saya mengalami masalah anemia sekali lagi bila saya ingin mengikuti program menderma darah. Saya merupakan penderma darah yang aktif dan saya tak pernah ada masalah Hb darah yang rendah sepanjang saya menderma darah.



  Sebelum proses menderma darah diteruskan, nurse akan ambil setitik sampel darah dari jari untuk melihat tahap hemoglobin dalam darah. Dan sebenarnya saya agak terkejut bila bacaan hemoglobin saya hanya 9.0m/mol iaitu dibawah paras normal sekaligus tidak melayakkan saya untuk menderma darah. (bacaan Hb utk wanita menderma darah adalah 12.5m/mol.). Untuk meyakinkan saya lagi bahawa memang bacaan Hb saya rendah, saya menjalankan ujian darah untuk melihat tahap Hb saya, dan memang keputusan menunjukkan yang saya mengalami anemia.



  Rasa pelik sebab kalau dilihat dari segi luaran, tidak menunjukkan yang saya ni anemia (itu apa yang Dr bagitau saya). Tapi saya perasan, beberapa bulan sebelum itu saya sentiasa letih, sentiasa mengantuk, malah jadual makan pun tak terjaga, menu makanan pun tak seimbang malah Vitamin pun saya makan on off kerana asyik terlupa kerana kesibukan kerja dan aktiviti harian.  Saya ingatkan semua simptom ini akibat tak mendapat rehat yang cukup. Pernah sekali saya hampir pitam kerana terlalu pening..



  Tak nak simptom ini berlarutan, saya cuba konsisten semula mengambil vitamin. Vitamin C, Vitamin B Kompleks dan Vitalea saya amalkan setiap hari.  Selain pengambilan vitamin ini, saya juga ubah menu pemakanan saya dengan banyakkan pengambilan sayur hijau seperti bayam dan brokoli, kurangkan stres dan pastikan saya dapat rehat yang cukup.





  Alhamdulillah selepas konsisten selama 2minggu, bacaan Hb saya kembali normal. Oh ya, nak dapatkan result Hb yg normal ni saya juga kena cut terus pengambilan minuman berkafien, contohnya teh tarik dan kopi ya. Mereka yang mengenali saya cukup kenal yang saya ni addicted dengan teh tarik dan kafien. Tapi demi kesihatan, saya tahankan diri dari mengambil kafien.

  Sebenarnya kita ada kalanya take things for granted. Kita meremehkan perkara yang kecil tanpa sedar sekecil kecil pekara itu boleh menjadi perkara dan masalah yang besar.



  Kesihatan ini hanya akan jd mahal bila kita mula jatuh sakit. Jika kita sihat kadang kala kita tak kisahpun tentang kesihatan kita. Once kita jatuh sakit, semua perkara akan terjejas. Jadi hargai kesihatan kita sebaiknya. Besides, we only have one life to live the fullest. Jadi jagalah kesihatan kita sebaiknya kerana kesihatan juga adalah amanah yang kita perlu jaga..

  Salam Sayang...






Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:


 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

0 comments:

Post a comment