8 Persediaan Menjelang Ramadan

 Assalamuaikum..

  Menjelang ramadan ni sudah tentu kita ingin mempersiapkan diri agar ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya.



  Kalau boleh biarlah kita memasuki bulan Ramadan ini dengan lebih yang membawa kita dekat dengan Pencipta kita lebih2 lagi dalam keadaan Covid19 yang melanda negara kita malah negara lain sekarang.

  Berikut merupakan persediaan Ramadan yang boleh kita lakukan..

1. Bertaubat

  Taubat sepatutnya diamalkan secara konsisten dan bukan bila kita hanya fikir kita melakukan kesalahan yang besar sahaja dan betul2 disesali. Jadikan taubat itu sesuatu yang boleh menghalang kita dari melakukan kesilapan yang sama.

2. Meningkatkan kualiti Ibadah



    Berusahalah untuk memperbaiki ibadah kita dengan memperbaiki solat kita, solat awal waktu dan solat dengan kusyuk tanpa memikirkan hal dunia. Tambahlah ibadah lain sepanjang bulan Ramadan ini seperti

  • membaca dan khatam Al Quran
  • perbanyakkan berzikir
  • puasa sunat dan puasa ganti

3. Kawal dan elak melakukan perkara yang negatif



  Kita kita selama ini suka bergosip, bermalas-malasan dan suka buat aktiviti yang tidak berfaedah, apakah sebelum menjelang Ramadan ni, ubat sikap ni sedikit demi sedikit. 

  Sayangkan ibadah kita jika kita masih mempunyai sikap yang negatif semasa berpuasa. 

4.  Berpuasa lebih awal

  Amalkan lah berpuasa lebih awal sebelum Ramadan supaya tubuh anda tidak akan terkejut pada bulan Ramadan yang sebenar

5.  Jangan membazir

  Bulan Ramadan kita lebih cenderung untuk membeli banyak makanan terutamanya semasa berbuka. Tanya pada diri sendiri.. 'Adakah saya perlukan semua makanan ini atau memadai untuk saya makan 2 hidangan saja. 

  Sebaliknya pilihlah makanan yang berkhasiat untuk persediaan puasa.



6.  Tidur yang cukup

  Jika sebelum ini anda jenis suka tidur lewat, cuba ubah corak tidur anda. Tidur yang cukup akan menjadikan anda lebih cergas dan segar ketika berpuasa. 

  Cara mendapatkan tidur yang cukup adalah dengan tetapkan waktu tidur anda setiap hari. Contohnya jika selama ini, anda tidur pukul 1 pagi.. cuba ubah dan tidur seawal pukul 10malam.



7. Pastikan kesihatan anda sentiasa baik

  Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, jangan lupa untuk merujuk doktor terlebih dahulu dan pastikan anda dibenarkan untun berpuasa dibulan Ramadan

8.  Rancang dan tetapkan matlamat anda

  Apa matlamat yang anda ingin kecapi semasa Ramadan nanti? Contohnya anda tetapkan untuk khatam Quran sebelum berakhirnya ramadan atau ingin banyak bersedekah semasa Ramadan. 

  Anda harus rancang bagaimana untuk anda mencapai matlamat tersebut dari sekarang. Bagi mereka yang bekerja.. rancang kerja anda supaya Ramadan nanti anda lebih fokus melakukan ibadah anda dan tidak memikirkan soal kerja semata2.

  Semoga kita semua mempunyai Ramadan yang lebih bermakna tahun ini dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun lepas.. insyaAllah amin. 

  Jika anda ingin mendapatkan suplemen sebagai persediaan di bulan Ramadan nanti.. anda boleh hubungi saya seperti dibawah ya..


Salam Sayang...



 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

  





  













Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: Call / Whatsapp : 019 393 7880 Email: nurraihanah20@gmail.com Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a comment