InsyaAllah kita akan mula menyambut bulan ramadan dan berpuasa pada hari esok. Jadi malam ni jangan lupa niat untuk puasa hari esok ye..heheh. Sebolehnya kita ingin menjalani ibadah puasa kita dengan sebaiknya dan sebaik-baik puasa itu adalah mencontohi sunnah puasa gaya Rasullulah SAW.
Apakah sunnah puasa yang Rasullulah amalkan ketika baginda berpuasa?
1. Rasulullah bersahur
Rasulullah menggalakkan kita bersahur sebelum berpuasa pada siang hari. Bagaimana Rasulullah bersahur? Baginda bersahur diwaktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Tujuan bersahur adalah untuk memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.
Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)
Sabdanya bermaksud : Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)
2. Rasulullah S.A.W menyegerakan berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka adalah saslah satu tips berpuasa yang diajar oleh Rasulullah iaitu menyegerakan untuk berbuka. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah. Sebaiknya bila azan magrib sudah berkumandang, segerakan lah berbuka.
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana ia menyegerakan berbuka puasa (al-Bukhari & Muslim)
3. Berbuka puasa dengan beberapa biji kurma
Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji kurma terlebih dahulu bagi memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan yang tidak terlalu kenyang. Ramai diantara kita yang menyegerakan berbuka serta makan dan minum sampai kenyang tanpa sampai melewatkan solat maghrib. Sebab itu Rasullah menggalakan kita berbuka dengan meneguk air dan makan kurma terlebih dahulu agar mudah untuk kita mengerjakan solat maghrib
Pernah diriwayatkan dari Anas bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
Nabi s.a.w mengajar kepada kita untuk sentiasa cergas ketika berpuasa disiang hari dan dalam masa yang sama bersemangat melakukan amal ibadatnya di malam hari. Antara kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor. Ini dikenali sebagai Qailullah Ini memudahkan kita bangun diwaktu malam mengerjakan amal ibadatnya. Berpuasa bukan alasan untuk kita tidur semata-mata tetapi puasa adalah masa untuk kita amalkan amalan sunnahnya sebanyak mungkin
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokkan harinya dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum zohor) untuk mendirikan ibadah malam
5. Menjaga Lidah
Amat rugi kan bila kita berpuasa tetapi kita tidak menjaga lidah kita. Kita hanya akan dapat pahala lapar dan dahaga dan rugi rohani kerna tidak menjaga lidah. Rasullullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani yang bermaksud
Ramai orang puasa, tetapi balasan hanya lapar dan dahaga (tiada pahala0 dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud :
Apabila seorang dari kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "saya sedang berpuasa"
6. Memberi makan pada orang yang berpuasa
Rasullullah sentiasa menginfaqkan sedikit hartanya dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjaran memberi makan orang yang berpuasa seperti yang diberitahu oleh Rasulullah
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun darinya ( Tirmidzi dan Ibn Maja)
7. Doa ketika berbuka
Kita digalakkan untuk berdoa apa saja yang kita inginkan ketika menunggu waktu berbuka. Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa mereka yang dizalimi (Tirmidzi, Ibn Maja dan Ibn Hibban)
Kesimpulannya, puasa bukanlah setakat untuk menahan lapar dan dahaga. Sebaiknya kita mengikut sunnah Rasulullah ketika berpuasa. Semoga puasa kita tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir dan menasihati serata berakwah kepada Islam.
Semoga puasa kita lebih bermakna tahun ini. Salam Ramadan Al Mubarak untuk semua.
Salam Sayang...

Call / Whatsapp : 019 393 7880
Email: nurraihanah20@gmail.com
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
Follow IG: fatinrosales_beautysupplement
0 comments:
Post a Comment