Tips Mendapatkan Kulit Wajah Sihat dan Cantik Secara Semulajadi

Assalamualaikum..

  Semua inginkan kulit wajah yang sihat dan cantik kan? Cuma mungkin ada yang inginkan kulit wajah cantik semulajadi tanpa memakai produk kecantikan. Jangan risau, ini adalah tip yang boleh anda amalkan untuuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik secara semulajadi



1. Pilih pencuci wajah yang sesuai

Ada banyak pencuci muka dipasaran, jadi kita perlu tahu pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya jika jenis kulit berminyak, pilihlah pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi

2. Skrub wajah dua kali seminggu

  Tujuan scrubbing adalah untuk menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit. Jadi perlu untuk kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah

3. Cuci dengan air suam
Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4. Tanggalkan mekap sebelum mencuci wajah
  Mekap memerlukan bahan khas untuk ditanggalkan dan kita boleh menggunakan cecair penanggal mekap yang lembut. Lembapkan kapas dengan cecair ini dan tanggalkan mekap anda dengan urutan yang lembut. Selepas itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.



5. Cuci tangan dengan sabun
  Wajah sepatutnya menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang mengamalkan untuk mencuci tangan sekerap mungkin.
 Jadi setiap kali anda mahu menyentuh muka, cucilah tangan dengan bersih sama ada menggunakan sabun mandi atau cecair pencuci tangan biasa mahupun yang mengandungi ciri antibakteria.

6. Memfokuskan pada zon T wajah
Zon T termasuklah bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berminyak dan berpotensi besar untuk pertumbuhan jerawat . Jadi, perlu lebih perhatian pada Zon T semasa mencuci muka supaya dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. 

7. Buat urutan wajah
  Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit wajah. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan daripada leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

8. Gunakan mask
Selepas mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka bagi memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

9. Kecutkan jerawat dengan ais
Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.




  Bagi meningkatkan lagi kecantikan dalaman kulit, anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E Shaklee secara konsisten. Pengambilan dua vitamin ini akan menjadikan kulit wajah secara semulajadi dan membantu menghilangkan parut pada wajah. 




  Inginkan lebih banyak tips kecantikan dan mendapatkan vitamin Shaklee anda? Boleh hubungi saya seperti dibawah ya.

** IG saya sudah bertukar nama, anda boleh klik pada link IG dibawah untuk ke akaun IG saya :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

0 comments:

Post a Comment