Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai

Assalamualaikum..

  Sebagai wanita mahupun lelaki yang ingin menjaga kecantikan kulit, sudah tentunya kita ingin melindungi kulit kita dari pancaran matahari dan UV bagi mengelakkan kulit cepat rosak. Oleh itu, kita akan menggunakan sunblock yang banyak dijual dipasaran untuk melindungi kulit. Tapi tahukah anda, pemilihan sunblock untuk kulit pun ada caranya?



Bagaimana memilih Sunblock yang betul?

   Anda mesti pernah dengar SPF pada sunblock kan? SPF bermaksud Sun Protection Factor dan ia melindungi kulit kita dari pancaran matahari bagi mengelakkan risiko masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kanser kulit. Pada produk sunblock itu sendiri adalah ditulis spf15, spf30 dan spf50. Jadi mana spf yang sesuai untuk kulit anda?




  Setiap warna kulit adalah berbeza pertahanannya terhada sinaran uv. Contohnya:
  • kulit kuning langsat, pertahanannya pada sinaran uv selepas meletakkan sunblock adalah 15minit
  • kulit sawo matang 20minit
  • kulit yang lebih gelap lebih lama bertahan dibawah sinaran uv kerana kandungan melanin dalam kulit yang tinggi
  Bagaimana kita tahu banyak mana sunblock itu boleh melindungi kulit kita? Ini adalah contoh pengiraannya

1. Kita ambil contoh spf15
2. tolak 1 daripada nilai spf tersebut
3. Contohnya (15-1)/15 = 0.93
4. 0.93 pula darab 100% = 93%

  Maksudnya spf15 hanya mampu melindungi kulit kita sebanyak 93% sahaja. Jadi berdasarkan pengiraan diatas kita boleh simpulkan
  • orang berkulit putih hanya mampu dilindungi sebanyak spf15x10 = 150minit
  • orang kulit sawo matang spf 15x20 = 300minit
* Rujukan pengiraan boleh ke link INI


Ini hanya penilaian mengenai spf? Bagaimana pula dengan perlindungan sinaran uv (ultraviolet) A&B?
  • Sinaran UV A adalah hsinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain
  • Sinaran UV B pula adalah sinaran yang tidak baik untuk tidak menembusi lapasian kulit, ianya menyerang lapisan luar saja. Jadi ianya akan menyebabkan kulit terbakar
  Oleh itu penting untuk kita cari sunblock yang mempunyak pertahanan kepada UVA & UVB

* Rujukan pada LINK INI 

  Oleh itu, untuk mereka yang terdedah kepada sinaran terik matahari, atau yang terdedah sekejap saja (kurang dari 4jam), spf15 sudah memadai. Jika memang sentiasa terdedah kepada sinaran terik matahari dan sentiasa berpeluh spf30 sudah memadai, namun jika anda berkulit sangat cerah, anda memerlukan spf50. Untuk yang melakukan banyak aktiviti didalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ia akan hilang selepas terkena air.

  Faham kan cara memilih sunblock yang sesuai untuk anda? Yang penting anda tahu anda kategori kulit yang mana dan jenis aktiviti yang anda lakukan. Pastikan juga sunblock anda mempunyai lindungan UVA dan UVB.

  Anda boleh hubungi saya jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pemilihan sunblock ye.
  


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment