Kulit Cantik : Pakai Produk Kecantikan Atau Makan Vitamin?

Assalamualaikum..

  Semua orang impikan kulit yang cantik kan? Kalau tak dapat kulit yang gebu dan halus, cukup lah sekadar kalau kulit tu takde masalah contohnya kulit berminyak, berjeragat atau berjerawat. Bila ada masalah kulit sebegini, sudah tentu kita cuba mencari solusi untuk mengatasinya. Antaranya samada menggunakan produk kecantikan kulit berupa skincare atau pun mengamalkan pengambilan vitamin?




  Sebenarnya ada pro dan contra jika kita mengambil produk kecantikan berupa sapuan ke atas kulit wajah ataupun mengambil suplemen atau vitamin untuk kecantikan kulit. Untuk saya sendiri, saya lebih suka mengamalkan pengambilan vitamin kerana selama bertahun-tahun saya tak pernah mengamalkan apa-apa produk skincare yang berbeza-beza.

  Kebiasaannya produk kecantikan yang berasaskan sapuan ini juga bergantung kepada keadaan kulit pengguna. Tak semestinya bila model yang mempromosikan produk tersebut sesuai dengan skincare tersebut, kita pun sesuai. Pemilihan skincare juga perlukan trial and error. Bukan semua jenis skincare sesuai untuk semua jenis kulit.

  Berbanding dengan vitamin, ia direka untuk memperbaiki keadaan kulit kita dari dalam. Contohnya, pengambilan vitamin C dapat memberikan kecerahan kulit dan Vitamin E dapat membantu menghilangkan parut. Protin pula membantu memperbaiki tekstur kulit dan menggantikan kulit yang mati dengan sel kulit baru.

  Untuk diri saya sendiri, saya mengambilkan pengambilan Set Kecantikan Shaklee. Saya tak berani untuk mencuba segala produk kecantikan yang berada dipasaran kerana bimbang ia tidak sesuai dengan keadaan kulit saya. Malah, saya dah menggunakan pencuci muka yang sama sejak saya berusia 12 tahun hingga saya berusia 40 tahun.

  Personally, saya anggap set kecantikan Shaklee ini sudah cukup lengkap untuk saya. Vitamin C dapat mencerahkan kulit, Vitamin E untuk menghilangkan parut akibat jerawat, Vitamin B untuk memperbaiki tekstur kulit agar lebih cantik manakala ESP membantu menggantikan sel kulit yang mati kepada sel kulit baru.

  Ini adalah vitamin kecantikan asas yang saya amalkan sejak saya menjadi pengamal vitamin Shaklee sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah, jarang saya mengalami masalah kulit seperti jerawat atau kulit berminyak sepanjang saya mengamalkannya.

  Jika anda masih belum buat keputusan samada ingin mencuba produk kecantikan atau mengambil vitamin, dapatkan nasihat dari pakar kulit jika kulit anda mempunyai masalah. Bila anda sudah pastikan kulit anda bebas dari sebarang masalah, anda boleh cuba produk kecantikan yang anda inginkan.

Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment