Kekal Sihat dan Cergas Bila Memasuki Usia 40-an

Assalamualaikum..

  InsyaAllah jika diizinkan Allah, tahun ini genaplah usia saya 40 tahun. Bila menjangkau usia 40an ini, makin banyak perubahan fizikal pada tubuh. Kebiasaanya kita akan menyalahkan hormon yang tak normal akibat perubahan fizikal, namun hakikatnya perubahan ini berlaku kerana kita tidak menjaga pemakanan harian dan kurang menjalankan aktiviti fizikal

Saya berusia 40 dan anak berusia 6 tahun


  Menurut Pakar Sakit Puan, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita 40an dan keatas. Mereka akan mengalami penuaan, masalah perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta risiko kanser payu dara dan kanser rahim. Golongan ini juga berisiko tinggi mengalami masalah osteoporosis.

Bagaimana nak kekal sihat dan cergas bila usia masuk 40an?

1. Kurangkan berat badan

  Jika mengalami masalah berat badan yang berlebihan, adalah disarankan untuk mengurangkan berat badan tersebut. Semakin usia meningkat, risiko untuk menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi sangat tinggi. Pengamalan senaman secara konsisten dan pemakanan makanan seimbang dapat membantu penurunan berat badan

Aktiviti running antara yang saya minati


  Saya sendiri sejak 3 tahun lepas, menyertai program yang membantu penurunan berat badan. Aktiviti seperti senaman di gym, berjogging dan zumba adalah rutin senaman saya sejak 3 tahun lepas. Malah sekarang saya mula berjinak-jinak dengan acara larian untuk mengekalkan stamina dan kesihatan tubuh

  Age is just a number. Usia 40an dan keatas tidak membataskan kita untuk melakukan aktiviti-aktivit yang menurunkan berat badan.

2.  Makan ikan

  Wanita digalakkan makan hidangan yang berasaskan ikan sekurang-kurangnya 2 hidangan seminggu. Risiko penyakit jantung juga berkemungkinan akan meningkat selepas menapous. Jadi mulalah untuk mengambil suplemen yang berasaskan minyak ikan bila usia menjangkau 40an.

Perlunya makanan seimbang dalam menjaga kesihatan


  Minyak ikan juga sebenarnya membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan disamping membantu mengurangkan masalah kolestrol dalam darah

3. Pengambilan Kalsium

  Keperluan kalsium meningkat selepas umur 50 tahun. Apabila estrogen berkurangan maka tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik. Kajian menunjukkan dengan mengambil 1000mg kalsium dan magnesium serentak menunjukkan wanita akan mengalami kekurangan risiko sakit ketika haid dan rasa kebas dan kekejangan.

  Kalsium yang cukup juga membantu dalam mengurangkan risiko osteoperosis sebeleum tiba waktunya. Ia juga membantu dari segi kekuatan tulang dan gigi apabila usia semakin meningkat


4. Pengambilan Protien
Kenapa kita perlu protein? Badan kita sangat perlukan protein bagi membentuk struktur asas tubuh iaitu otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu di dalam badan. Ia juga adalah komponen utama kepada hormon manusia lain.



Protein adalah satu bahan organik yang kompleks. Asis amino ialah salah satu unit asas protein. Protein juga bertindak dalam membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan hemoglobin dan antibodi serta membekalkan tenaga.
Apa akan jadi bila kita kurang ambil protein?
  • kulit wajah kusam dan tidak bermaya
  • perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
  • rambut rosak, nipis, bercabang dan akhirnya menjadi botak
  • kuku cepat patah
  • kulit berkedut
  • kulit besisik
  • muka cengkung

5. Cari diet yang sesuai

Sebarang diet yang seimbang dapat membantu wanita mengurangkan kalori. Namun demikian, wanita selepas menopaus yang mengamalkan diet kurang lemak dan mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin berkemungkinan kurang untuk menambah berat badan daripada wanita yang makan lebih lemak.

“Faktor ketidakseimbangan hormon, kekurangan vitamin D dalam badan, diet serta gaya hidup tidak sihat dan perubahan bentuk badan adalah antara sebab kenapa wanita yang berusia 40an dan keatas memerlukan TAMBAHAN VITAMIN. Vitamin bukanlah ubat yang dapat kita lihat dalam jangkamasa yang pendek. Vitamin mampu membantu dapatkan nutrien tambahan bagi memenuhi keperluan tubuh untuk jangkamasa panjang.”

  InsyaAllah pada entri akan datang, saya akan kongsikan suplemen yang saya amalkan setiap hari untuk persediaan usia 40an dan ke atas.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

Follow IG: Nurfatinrosales












0 comments:

Post a Comment