Jalur di UPT Kelihatan Samar : Adakah Saya Hamil?

Assalamualaikum..

  Pernah anda melakukan ujian UPT tetapi anda mendapat keputusan yang samar-samar? Lalu anda rasa was-was jika sebenarnya anda hamil atau tidak. Ada juga kes dimana keputusan UPT adalah samar tetapi sebenarnya ibu tersebut tidak hamil.



  Mengapakah jalur UPT kelihatan samar?

  Ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormon Human Chorionic Gonadotrapin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh plasenta (uri) dalam rahim. Jika ujian UPT itu positif, alat UPT itu dapat mengesan hormon hCG di dalam air kencing dan wanita itu positif hamil

  Namun tidak semua alat UPT dapat mengesan hormon hCG. Hanya alat UPT yang sensitif saja yang dapat mengesan kehadiran hormon ini. Sesetengah alat UPT hanya dapat mengesan kepekatan hormon hCG pada kepekatan 20 IU/L saja manakala ada alat UPT yang hanya dapat mengesan kepekatan hormon hCG pada 50 IU/L saja. Oleh itu semakin rendah kepekatan hCG semakin sensitif alat UPT tersebut

  Antara sebab lain lagi kenapa jalur di UPT kelihatan samar adalah

1.  Melakukan ujian UPT terlalu awal

2. Salah mengira kitaran haid

3.  Air kencing yang cair - air kencing yang pertama diawal pagi biasanya lebih pekat dan lebih mempunyai hormon hCG yang banyak. Jadi pada waktu ini sangat sesuai menjalankan ujian kehamilan

4. Sensitiviti alat ujian kehamilan

5. Alat kehamilan tamat tempoh atau cara penggunaannya yang salah

6. Kehamilan Kimia - pada awalnya wanita tersebut positif, namun tidak menyedari berlaku keguguran pada janin. Dalam keadaan ini, air kencing masih mempunyai hormon hCG yang rendah yang menyebabkan berlakunya jaluran yang samar pada alat ujian UPT

7. Ubat-ubatan tertentu - bagi mereka yang mendapatkan rawatan untuk suntikan hormon atau mengambil ubat-ubat tertentu, ia juga menyumbang kepada jalur yang samar ketika ujian alat kehamilan


  Jadi bagi mengetahui waktu yang terbaik untuk menjalankan ujian kehamilan, anda boleh rujuk semula entri saya yang lepas Bilakah Waktu Yang Sesuai Lakukan Ujian Kehamilan Dengan Urine Pregnancy Test (UPT)

  Bila mendapat keputusan positif yang anda hamil, segeralah melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang. Jangan lupa juga untuk mengamalkan vitamin disepanjang kehamilan anda untuk kesihatan ibu dan bayi.





Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment