Influenza..Apa Yang Anda Perlu Tahu..

Assalamualaikum..

  Demam yang berterusan, selesema yang tak kebah-kebah dan batuk yang berterusan. Mungkin kita menganggap ini adalah simptom biasa bagi demam dan selsema. Tapi jika keadaan ini berlarutan adalah lebih baik jika kita terus berjumpa doktor kerana ini mungkin juga simptom untuk serangan virus Influenza.



  Simptom-simptom influenza sering kali disamakan dengan demam selsema kerana simptom yang sama. Namun apabila ujian Nasal Swap dijalankan, barulah dapat detect bahawa yang menyerang adalah virus influenza dan bukan virus selsema biasa.

nasal swab


  Influenza adalah jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza yang mudah dijangkiti. Jika ia tidak dirawat, virus ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Di negara tropika seperti Malaysia, puncak influenza berlaku dari Oktober - Januari dan April - Jun. Jenis influenza yang biasa menyerang adalah :

  • Jenis A ( H1NI1 ) : Yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan dan merbahaya jika tidak dirawat
  • Jenis B : Boleh menjangkiti manusia, sering berlaku, kurang merbahaya jika dibandingkan dengan A

  Tanda-tanda Influenza
  
  Terdapat beberapa simptom dan tanda-tanda yang akan dihadapi oleh pesakit ini. Ianya adalah :
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Selesema
  • Batuk
  • Denyutan nadi yang laju
  • mata merah
  • nafas laju
  • sesak nafas

  Rawatan

  Kebiasannya pesakit yang dijangkiti virus Influenza dinasihatkan untuk ditahan di wad. Pesakit akan diberikan ubat anti-virus bagi mengelakkan jangkitan virus influenza merebak dengan teruk. Ubat ini dikenali sebagai Tamiflu dan akan diberikan kepada pesakit dalam tempoh 7 hari beserta antibiotik. 

  Bagi pesakit yang dijangkiti virus Influenza, anda perlu memakai mask setiap masa bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Pastikan anda membasuh tangan anda dengan pencuci dengan sabun dan asingkan peralatan harian anda dengan orang lain.



 Pesakit juga digalakkan untuk mengambil suplemen bagi meningkatkan sistem imun tubuh. Nutriferon dan juga vitamin C adalah antara suplemen yang elok diamalkan untuk kesihatan diri dan keluarga. Selain itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amat penting dalam menjaga kesihatan kita.

  

Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  

0 comments:

Post a Comment