Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum..

 Sebelum memilih produk apa yang sesuai untuk kecantikan kulit muka, perlu untuk kita kenal pasti jenis kulit kita terlebih dahulu. Bila customer ingin membeli set kecantikan kulit dari saya, biasanya saya akan tanya dulu jenis kulit mereka dan baru syorkan vitamin apa yang sesuai atau produk apa yang sesuai untuk jenis kulit mereka.




  Secara amnya, jenis kulit terbahagi kepada lima iaitu
  • kulit berminyak (oily)
  • kulit normal (normal)
  • kulit kombinasi (combination)
  • kulit kering (dry)
  • kulit sensitif (sensitive)


  Namun perasan tak, ada kalanya keadaan kulit kita juga boleh berubah mengikut keadaan. Ada kalanya kulit yang normal boleh jadi berminyak atau kering ataupun kombinasi. Keadaan ini mungkin berlaku kerana perubahan hormon, persekitaran, pemakanan dan pelbagai faktor lain lagi.

 Cara Kenal Jenis Kulit

  Ini adalah langkah untuk mengenalpasti jenis kulit

1. Cuci muka menggunakan pembersih yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Kemudian keringkan dengan tuala yang bersih. Jika anda memakai makeup, pastikan anda bersihkan makeup anda dengan makeup remover untuk menanggalkan segala minyak dan kotora

2. Tunggu selama sejam. Ini kerana selepas sejam kulit muka kita akan kembali kepada keadaan asal mengikut jenis kulit masing-masing. Pastikan anda tidak pegang kulit muka anda dengan tangan ya

3. Lap kulit dengan kertas minyak ataupun tisu muka terutama dibahagian T-zone yang meliputi dahi, hidung dan dagu
  • Jika kertas melekat dan menyerap lebih banyak minyak lalu menjadi lutsinar, anda mempunyai kulit berminyak. Kulit berminyak biasanya nampak berkilat dan mempunyai pori yang besar
  • Jika kertas langsung tidak melekat atau menyerap sebarang minyak, kemungkinan besar anda berkulit kering. Kulit kering senang mengelupas dan pori lebih kecil. Ia sangat memerlukan pelembab kulit
  • Jika hanya melekat pada kulit di zon T, kulit mungkin jenis kulit kombinasi. Kulit kombinasi biasanya hanya berminyak di kawasan zon T tetapi normal dibahagian muka lain.
  Jika anda sudah mengenalpasti jenis kulit anda, lebih mudah untuk anda mencari produk dan vitamin yang sesuai untuk kulit anda. Masih tak pasti jenis kulit anda? Boleh hubungi saya untuk konsultasi ye..Anda juga boleh klik ke link INI untuk melihat vitamin yang sesuai untuk kecantikan kulit



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 

Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment