Pengalaman Dan Cabaran Menghantar Anak Ke Tadika Aliran Cina - Bahagian II

Assalamualaikum..

  Hari ni tergerak untuk menaip entri mengenai pengalaman dan cabaran menghantar anak ke tadika aliran cina. Sebelum ni saya dah kongsi pengalaman anak saya bersekolah ditadika aliran cina. Boleh rujuk balik post DISINI untuk entri saya yang terdahulu

 Bagi saya, nak hantar anak ke tadika aliran cina ni kita perlu tahu kenapa perlu kita hantar anak ke sekolah aliran cina. Perlu untuk kita tahu keupaayaan anak sendiri jangan sampai membebankan diri mereka untuk belajar matapelajaran extra.

 Untuk 1 tahun pengalaman Amna berada ditadika aliran cina, saya akui saya sendiri kurang keyakinan samada Amna mampu atau tidak. Saya tahu setiap kali habis sekolah, Amna sendiri akan bercerita tentang apa yang terjadi disekolah, apa yang dia belajar disekolah ataupun kerja sekolah yang perlu dia lakukan.

 Terus terang saya katakan, kerja sekolah memang BANYAK..boleh katakan setiap hari kerja sekolah memang sentiasa ada. Rungutan dari Amna tu perkara biasa terutama sekali dalam subjek penulisan bahasa cina. Saya rasa dah beberapa kali juga Amna hampir menangis kerana mengalami kesukaran untuk menulis dalam bahasa cina.


  Setiap kali dia hampir berputus asa, saya akan cuba bantu apa yang boleh. Saya akan menulis bersama-sama dan tunjuk pada Amna bahawa nak tulis ni senang je, padahal hakikatnya bukan senang. Tak boleh untuk jangkakan tulisan itu cantik dan perfect, sebab bila kita harapkan perfect, takut akan menjatuhkan semangat anak untuk terus berusaha


Amna dapat tempat ketiga dalam kelas..alhamdulillah 

  Pernah juga saya tanya Amna, kalau tak mampu, takpelah, kita tukar sekolah aliran biasa. Tapi Amna kata dia seronok belajar bahasa cina. Saya tanya kepada guru kelas Amna sendiri tentang prestasi Amna, dan alhamdulillah, guru kelas Amna kata Amna sangat cepat dalam menghafal dan memahami bahasa cina. Malah guru kelas Amna memuji keupayaan Amna menguasai puisi cina.

Keputusan peperiksaan Amna 

Saya juga baru tahu, pada peringkat ini, anak-anak tidak diharapkan untuk memahami semua maksud bahasa cina yang mereka belajar. Contohnya bila mereka diajar tentang puisi cina atau nyanyian dalam bahasa cina, boleh katakan anak-anak ini tidak faham dengan lirik ataupun puisi cina tersebut. Cuma dalam aspek pertuturan, mereka akan diajar untuk bertutur dalam bahasa mandrin sedikit demi sedikit.

  Alhamdulillah, walaupun tak banyak, Amna mampu bertutur dalam bahasa mandrin yang asas. Bagi saya itu sudah cukup untuk anak yang langsung tiada latar belakang pendidikan cina ataupun berbangsa cina. Saya yakin, as time goes by, lebih banyak perkataan akan dipelajari.

  Jadi pada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah aliran cina, anda perlu juga mengambil kira minat anak pada matapelajaran extra yang bakal diajar. Sebagai ibubapa, kita kena sama-sama bersedia untuk menghadap 'kerja sekolah' yang banyak.

  Satu perkara lagi yang perlu saya kongsikan, apabila anak tak hadir ke sekolah atas sebab tak sihat atau apa pun sebab, sebagai ibubapa kita perlu ambil alternatif untuk tahu apa kerja sekolah mereka hari tersebut. Saya akan pastikan apa juga kerja sekolah yang diberikan semasa Amna tidak bersekolah akan Amna buat dirumah kerana saya tak mahu Amna ketinggalan dalam pelajarannya.

  Jika kita tidak mempunyai asas dalam pertuturan bahasa cina juga, kita kena bersedia menghadapi cabaran apabila anak bertanyakan soalan bahasa cina yang kita tidak mampu jawab. Pelaburan untuk pendidikan anak memang banyak, tapi insyaAllah pelaburan ini berbaloi untuk masa akan datang.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  




0 comments:

Post a Comment