Stres Dan Penurunan Berat Badan

Assalamualaikum..

  Pernah dengar tak orang cakap bila nak turunkan berat badan ni, jangan stres? Kalau stres nanti berat tak turun? Saya rasa benda ni ada kebenarannya kerana saya sendiri mengalami perkara ini. Bila saya stres, saya rasa berat badan saya statik atau pun naik walaupun hakikatnya saya dah bersenam dan jaga makan.

tanda kehamilan kembar
 

Apa sebenarnya kaitan antara stres dan penurunan berat badan?

1. Stres meningkatkan selera makan

  Bila otak kita terlalu fikir tentang banyak perkara, badan kita akan terdorong untuk melepaskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda kita teransang untuk makan terutama sekali makanan yang tak sihat seperti fastfood.

  Sebab itulah, bila rasa stres, saya akan mencari makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran seperti air manis kononnya untuk stress relif..tapi rupa-rupanya, cara tu salah. Semuanya adalah kerana rangsangan hormon yang menyebabkan kita cenderung kepada makan benda yang tak sihat

2. Proses Pembakaran Lemak Terhalang

  Penat bersenam, penat jaga makan tapi berat badan tak turun-turun juga. Pasti ada something wrong somewhere. Nak tahu kat mana? Cuba periksa tahap stres kita.

  Tahukan anda, stres akan menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Terdapat kajian yang menyatakan apabila badan berada dalam keadaan tertekan, badan akan menghasilkan protien yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.

  Jadi dalam pada bersenam tu dont stres yourself..nak bersenam kena enjoy the exersice..okay?

3. Stres pemusnah diet 

  Nak berdiet tu memang tak senang, lagi-lagi kalau memang da terbiasa dengan makanan yang tak sihat. Bila kita stres, tekak memang nak makan macam-macam. Menurut hasil kajian oleh Jurnal Neuron, ada satu bahagian otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang kita dan menyakinkan untuk kekal ke arah matlamat tersebut.

Diet untuk ibu menyusu

  Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak boleh berfungsi dengan berkesan dan secara automatiknya akan mendorong kita kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.

4. Stres meransang hormon yang menggemukkan

 

  Hah! ini lagi menakutkan..stres akan menyebabkan kita akan mendapat gangguan tidur yang mendorong kepada tidak cukup rehat. Apabila kurang tidur, rembesan hormon leptin iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang akan dirembeskan. Kurang tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung kepada makanan

 Rasa stres dalam aktiviti harian juga akan meningkatkan hormon kortisol yang boleh menyebabkan tubuh kita aktif menghasilkan glukos lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Bila gula meningkat, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan.

5. Metablisma badan semakin perlahan

  Bila kita sibuk, bila kita stres, sedikit sebanyak akan menggangu jadual makan kita kan. Percaya atau tidak, jadual makan yang tidak menentu akan menyebabkan tahap metabolisma badan semakin menurun. Metabolisma ini penting untuk fungsi badan sihat yang menyeluruh. Jadi cuba untuk makan ikut jadual yang betul ya..



6.  Stres 'menyerap' tenaga semasa bersenam

  Pernah tak dalam kita bersenam..tapi otak berfikir macam-macam kepala..dan kita masih stres walaupun bersenam. Sebenarnya bila kita bersenam dalam keadaan stres, badan akan lebih cepat penat. Satu kajian menunjukkan bahawa individu yang bersenam sambil otaknya ligat memikirkan bermacam-macam benda akan menyebabkan ketahanan ototnya berkurang sebanyak 25%.

Bagaimana menangani stres

  Sebenarnya kita tak dapat lari dari stres..cuma kita perlu bijak untuk mengurus level of stress. Amalkan gaya hidup sihat, meditasi, istighfar adalah antara langkah untuk mengelakkan stres. Pengambilan suplemen tambahan seperti B Kompleks juga sebenarnya sangat bagus untuk menangani stres.

  Vitamin B kompleks membantu mengurangkan level of stres dan sangat bagus sebenarnya untuk mereka yang bersenam. Pengambilan Vitamin B Kompleks akan membantu menukarkan gula dalam badan kepada tenaga. Malah saya sendiri sebelum saya bersenam, saya akan pastikan pengambilan vitamin B Kompleks sebelum memulakan senaman.

  Diharapkan agar info ini memberikan manafaat pada semua terutamanya kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. So nak turun berat..jangan stres - stres tau :)



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  






0 comments:

Post a Comment