Persediaan Sebelum Kehamilan..Apa yang Perlu Saya Lakukan?

Assalamualaikum..


  Alam kehamilan merupakan antara saat yang terindah bagi seorang ibu, apatah lagi bila ibu tersebut memang merancang untuk hamil lagi. Kehamilan adalah satu proses yang bukan saja memerlukan kita bersedia dari segi emosi, malah sebagai ibu persedian mental dan fizikal juga perlu bagi memastikan kita melalui pengalaman kehamilan yang sihat.

  Jadi sebelum merancang kehamilan, apakah persediaan yang perlu kita lakukan??

6 BULAN SEBELUM KEHAMILAN
  • Jika anda mengambil sebarang pil perancang kehamilan, pada masa ini adalah masa sesuai untuk anda hentikan pengambilannya. 
  • Pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti samada anda bebas dari sebarang penyakit yang menghalang kehamilan atau mengganggu proses kehamilan seperti cyst, fibroid atau apa juga penyakit yang berkaitan dengan kesuburan
  • Mulakan mengambil makanan yang sihat dan jika anda merupakan seorang perokok atau minum alkohol, hentikanlah pengambilan rokok dan alkohol
  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh mengambil suplemen yang boleh membantu kitaran haid anda seperti GLA Kompleks. GLA selain membantu menetapkan kitaran haid anda, ia juga sesuai sebagai vitamin kesuburan.

3 BULAN SEBELUM HAMIL
  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau mengambil alkohol bagi yang mengambilnya.
  • Pastikan anda bebas dari mengambil sebarang alatan pencegah kehamilan
  • Mulakan pengambilan vitamin yang mengandungi asid folic yang membantu pertumbuhan janin. Anda boleh mula mengambil vitamin B Kompleks sebagai sumber asid folic
  • Ketahui apa ubatan yang anda ambil jika merancang kehamilan. Sesetengah ubatan mungkin menjejaskan persediaan kehamilan
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan lebihkan makanan yang mempunyai zat protien yang tinggi bagi persediaan pertumbuan sel baru. Suplemen seperti ESP sangat sesuai sebagai suplemen persediaan kehamilan kerana ESP membantu menguatkan rahim sepanjang tempoh kehamilan
1 BULAN SEBELUM KEHAMILAN
  • Elakkan stres jika anda merancang untuk hamil. Stres akan menyebabkan gangguan hormon dalam badan kita
  • Pastikan anda tahu tempoh kesuburan anda jika anda memang merancang untuk hamil pada bulan tersebut
  • Amalkan pengambilan vitamin yang asas sebelum kehamilan. ESP merupakan sumber protien untuk kekuatan rahim, B Kompleks adalah asid folik yang baik untuk perkembangan janin manakala Vitalea sangat sesuai untuk memberikan tenaga kepada bakal ibu.

  Persediaan kehamilan ini hanyalah perancangan dan usaha kita. Selebihnya kita serahkan kepada tuhan untuk memberikan rezeki. Ada sesetengah pasangan diberikan rezeki yang cepat dalam menimang cahaya mata, ada yang lambat. Apa pun, kedua pasangan suami dan isteri perlu membuat persediaan masing-masing dan sentiasa support each other dalam merancang kehamilan.



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  

0 comments:

Post a Comment