Pentingnya Minum Air Kosong Setiap Hari

Assalamualaikum..

  Siapa diantar pembaca blog ini yang kurang gemar minum air masak? Saya akui, saya sendiri pun jenis yang sukar minum air masak. Kadang sehari tak cukup pun 1 liter air masak yang saya habiskan. Kadang boleh lah habis 3 liter air, tapi boleh dihitung dengan jari. Kebiasaannya saya cuma habiskan dalam 1 ke 1.5 liter air masak sehari sahaja.



  Tahu tak kenapa amat penting untuk kita minum air kosong dengan secukupnya?

1. 60% badan manusia adalah air

  Air sangat penting untuk tubuh krana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jajntung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga adalah agen detoks yang membawa semua toksin yang terhasil dalam tubuh manusia

2. Sifar Kalori

  Air tidak mengandungi kalori, jadi tiada sebab untuk kita untuk tidak minum air yang cukup

3. Air bersifat penuetral semulajadi
  
  Kebanyakan makanan yang diambil mempunyai sifat asid. Air bersifat alkali yang akan menuetralkan kembali pH makanan yang diambil

4. Air memantapkan lagi metabolisma

  Mereka yang tidak mengambil air kosong yang cukup akan menyebabkan kadar metabolisma semakin menurun kerana proses penghadaman tidak berjalan dengan lancar. Jika metabolisma menurun, ia akan melambatkan proses pembebasan tenaga

5. Pelarut Nutrien

  Jika anda mengambil pengamal vitamin, anda perlu mengambil air kosong yang secukupnya setiap hari kerapa air merupakan pelarut vitamin yang membawa semua nutrien dalam badan. Sebab itulah, bila anda mengambil vitamin, anda kerap diingatkan untuk mengambil air yang cukup bagi menampakkan keberkesanan vitamin



6.  Mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser

  Kajian mendapati mereka yang minum lebih dari 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung. Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%

7. Melembutkan kulit secara semulajadi

  Tak perlu membeli produk-produk mahal untuk melembut dan melembabkan kulit. Minum air yang cukup akan membantu sel-sel badan menjadi lebih lembab dan lembut

8. Menyeimbangkan suhu badan

  Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air kosong yang mencukupi.  Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak akan kelihatan letih dan tidak bermaya dan tubuh akan berasa panas.  

9.  Mencegah keletihan dan pening kepala

  Walaupun keletihan dan pening kepala banyak puncanya, tetapi kekurangan air dalam badan (dehydration) juga merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala dan keletihan. Bila anda berjumpa doktor, antara soalan yang akan ditanya oleh doktor ' adakah hari ini anda minum air masak yang cukup '

  Sebenarnya penting untuk minum air kosong yang cukup setiap hari. Saya pun tak tahu kenapa saya sukar sangat nak minum air dahulu. Badan cepat letih walaupun ambil vitamin. Rupanya sebab kekurangan air. Begitu juga bila saya berlatih di gym, bila badan berpeluh dan saya berasa pening, saya tahulah yang saya sebenarnya tidak cukup pengambilan air.

  Cukupkah pengambilan air kosong anda hari ini?? :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  




0 comments:

Post a Comment