Kanser Pangkal Rahim - Apa Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum..

  Pernah dengar tentang kanser serviks? Dalam bahasa yang biasa kita gunakan, ia dikenali sebagai kanser pangkal rahim. Ia adalah sejenis kanser yang menyerang serviks wanita, iaitu laluan ke dalam rahim melalui faraj. Di Malaysia sendiri, kanser serviks adalah kanser ketiga paling banyak dihidapi oleh wanita.



GOLONGAN BERISIKO

  Mana-mana wanita berisiko untuk menghidap kanser pangkal rahim ini. Walaubagaimana pun, kanser ini lebih terdedah kepada wanita yang sexually active berumur 30 - 45 tahun keatas.


SIMPTOM KANSER SERVIKS @ KANSER PANGKAL RAHIM




  Kanser pangkal rahim ini pada permulaaannya tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah bila ia telah merebak dengan serius. Namun simptom - simptom ini mungkin boleh dijadikan panduan dalam mengesan kanser pangkal rahim
  • pendarahan pada vagina selepas melakukan hubungan seks, diluar waktu haid dan pada wanita yang menapous
  • sakit dan ketidakselesaan semasa hubungan seks
  • keputihan yang berlebihan sehingga menyebabkan bau busuk

PUNCA KANSER PANGKAL RAHIM

  Banyak faktor yang membawa kepada kanser pangkal rahim. Seks bebas, bertukar-tukar pasangan seks, merokok, pendedahan kepada seks pada usia yang muda, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif dan sistem imum yang lemah antara penyebabnya.

  Namun kebanyakan kes kanser pangkal rahim ini adalah disebabkan oleh kuman human papiloma virus (HPV). Jangkitan HPV biasanya disebarkan melalui hubungan seks, namun kerana ia tidak menunjukkan apa-apa simptom, tidak ramai wanita yang sedar jika mereka dijangkiti HPV.

  Secara umumnya, jangkitan kuman HPV tidak berbahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya. Namun jika ia berulang-ulang terjadi, ia akan menyebabkan ketidaknormalan sel dan boleh menyebabkan kanser.


UJIAN PAP SMEAR UNTUK KESAN KANSER PANGKAL RAHIM

  Setakat ini hanya melalui ujian pap smear saja yang boleh mengesan HPV memandangkan jangkitan HPV ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Ujian pap smear ini dijalankan untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang ketidaknormalan sel pada pangkal rahim kita.



  Sekiranya ujian menunjukkan terdapat ketidaknormalan sel, sel yang tidak normal ini mungkin akan dibuang sebelum merebak menjadi kanser. Buat masa ini, wanita disarankan untuk menjalani ujian pap smear dalam tempoh 2 tahun selepas melakukan hubungan seks (sexually active)

  Bagi wanita yang pernah berkhawin dan melakukan hubungan seks tetapi telah berpisah, anda juga masih dinasihati untuk menjalani ujian pap smear ini kerana kuman HPV ini mengambil masa jangka panjang untuk merebak menjadi kanser. Oleh itu, adalah lebih baik anda melakukan ujian ini dalam tempoh 2 tahun selepas aktiviti seks anda yang terakhir.

CARA MENGELAK KANSER PANGKAL RAHIM

  Cara terbaik untuk mengelaknya adalah 
  • mengamalkan hubungan seks yang selamat
  • setia  dengan pasangan (tidak bertukar-tukar pasangan)
  • buat ujian pap smear seperti yang disyorkan mengikut jadual
  • pengambilan vaksin HPV pada mereka yang belum melakukan hubungan seks ( lingkungan umur 9 - 26 tahun ) 
  • menjaga kebersihan diri dan menukar tuala wanita dengan kerap serta memastikan alat kelamin dicuci dengan bersih bagi mengelak sebarang jangkitan
  Dalam pada itu, kita sendiri perlu menjaga kesihatan diri dan menjaga pemakanan harian. Makan makanan yang berantioksida tinggi untuk mengawal penyakit dan mencegah sebarang sel yang abnormal. Pengambilan suplemen seperti Vivix sangat disyorkan kerana fungsinya yang tinggi antioksida dan antiradang.

  Untuk para wanita diluar sana, adakah anda telah menjalankan ujian pap smear anda???


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  

0 comments:

Post a Comment