Kaedah Perancang Keluarga Selepas Bersalin

Assalamualaikum..

  Kebiasaannya, apabila seorang wanita tersebut baru saja bersalin, pastinya dia ingin merancang kelahiran anak yang seterusnya. Ini untuk memberi peluang kepada tubuh wanita itu sendiri pulih selepas proses kehamilan dan kelahiran bayi.



  Merancang keluarga perlu dibincangkan sesama suami isteri. Ada perkara-perkara tertentu juga yang perlu dipertimbangkan jika ingin merancang keluarga. Contohnya, apakah kaedah perancang keluarga yang sesuai jika ibu tersebut masih menyusukan bayi tanpa mengganggu proses penyusuan susu ibu kepada bayinya.

  Antara kaedah perancang keluarga yang biasa digunakan adalah:

1. Kondom 

Kebiasaannya digunakan untuk suami. Jika digunakan dengan betul, keberkesanan kondom adalah 98% berkesan

2. Diafragma atau penutupan serviks 

Kaedah ini digunakan ketika ingin berseama suami, ia berbentuk bulat dan muat dalam serviks. Doktor atau jururawat boleh memuatkan diafragma serviks kedalam serviks anda selepas 6 minggu bersalin. Peratus keberkesananya adalah 92% jika digunakan dengan betul



3.Suntikan 

Terdapat 2 jenis suntikan iaitu Depo Provera yang berkesan selama 12 minggu dan Noristerat yang berkesan selama 8 minggu. Suntikan melibatkan hormon, dan sebahagian hormon progestogen ini akan masuk ke dalam bayi anda tetapi tidak membahayakan bayi.



Suntikan biasanya dilakukan selepas 6 minggu anda melahirkan bayi anda. Peratus keberkesanan suntikan ini adalah 99% dan mudah dilakukan. Walau bagaimana pun jika anda merancang untuk hamil lagi, anda perlu menunggu beberapa tempoh untuk hormon anda kembali stabil selepas berhenti mengambil suntikan

4. Implan

Kaedah implan kekal selama 3 tahun jadi perlu anda fikir jika anda benar-benar ingin merancang keluarga dalam tempoh yang lama. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksible yang kecil dan bersize nipis akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen yang membantu menghalang kehamilan. Kaedah ini biasanya 99% berkesan

5. IUD

Alat intrauterin (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Anda boleh menggunakan IUD pada bila-bila masa dari empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan membantu memasangnya untuk anda. Keberkesanan IUD adalah lebih dari 99%



6. Pil Perancang

Terdapat pil perancang yang boleh diambil ketika ibu masih menyusukan. Pil seperti Noriday selamat dimakan sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Sesetengah pil perancang akan menyebabkan gangguan kepada susu ibu, jadi berbincanglah dengan doktor dan jururawat tentang pil perancang yang sesuai untuk anda



Jika anda seorang yang disiplin dalam mengambil pil perancang, kaedah ini 99% berkesan untuk anda. Namun harus anda ingat, bila makan pil perancang, anda tidak boleh tinggal satu pil pun kerana ia mungkin boleh memberikan peluang untuk anda hamil sekali lagi.


7. Kaedah Semulajadi

Kaedah semulajadi ini kebiasaannya dilakukan berdasarkan safety period date. Maksudnya mengelakkan bersama dengan suami pada waktu subur bagi mengelakkan kehamilan. Walau bagaimanapun kaedah semulajadi ini mudah dilakukan jika wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang normal bagi memudahkan wanita tersebut mengira waktu suburnya.

Jika kitaran haid tidak normal, kaedah ini mungkin memberikan peluang kepada wanita tersebut untuk hamil sekali lagi. Jika kitaran haid anda tidak normal, pengambilan GLA Kompleks membantu untuk menstabilkan semula kitaran haid anda.

  Sebenarnya tiada kaedah perancang keluarga yang 100% berkesan. Ini cuma adalah usaha untuk merancang keluarga. Jika Allah sudah menetapkan rezeki kita, walaupun merancang, Allah tetap akan menganugerahkan cahaya mata untuk kita.

  Berbincanglah dengan suami anda tentang kaedah perancangan yang terbaik. Dapatkan juga nasihat dan pendapat doktor mengenai kaedah perancangan yang anda inginkan agar anda lebih jelas lagi terhadap keberkesanan dan kesan sampingan yang anda hadapi dalam setiap perancang keluarga yang anda ambil.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  
















0 comments:

Post a Comment