Euphoria Leadership Training..Ilmu Yang Lain dari Yang Lain

Assalamualaikum..

  Hari sabtu yang lepas 14 Oktober 2017, saya berpeluang untuk mengikuti seminar Euphoria Leadership Training yang diadakan di Hotel Sri Petaling. Memandangkan seminar ini hanya berlangsung selama separuh hari saja, saya decide untuk tidak bawa anak sekali sebab tak mahu anak keletihan.



  Kebiasaanya bila ada seminar yang diajurkan oleh Euphoria Group, saya akan bawa anak sekali kerana seminar Shaklee ini adalah mesra keluarga dimana anak dan suami dibenarkan masuk ke dalam bilik seminar.

  Bertolak dari Ipoh seawal pukul 5pagi, sempat juga sampai ke Hotel Sri Petaling sekitar pukul 9.15 pagi memandangkan kami mengambil pengangkutan awam dari KL Central ke Sri Petaling. Rasa letih hilang bila tiba di bilik seminar bila melihat ramai kawan-kawan lain yang datang dari Pulau Pinang, Seremban, Melaka dan KL turut serta.

  Walaupun nama seminar ini adalah Leadership Training, seminar ini dijalankan dengan keadaan yang begitu santai. Seminar hari tu dimulakan dengan perkongsian Master Norita mengenai kasih sayang anak kepada ibunya.

Master Norita

  Uniknya seminar Shaklee dibawah Euphoria Group ini, para master bukan saja menekankan tentang hal bisnes semata-mata, malah sentiasa mengingatkan kami tentang tanggungjawab kami sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Hidup bukan untuk mengejar dunia semata-mata, tetapi harus diseimbangkan dengan hal akhirat.

  Selepas sesi Master Norita, sesi terusnya adalah perkongsian dari Master Naquib tentang bisnes Shaklee. Pada seminar kali ini, kami diajar untuk mengenali jenis-jenis peribadi pelanggan yang kami jumpa setiap hari. Bagaimana cara untuk menarik mereka untuk mengenali Shaklee dan menjadi ahli Shaklee.
Master Naquib 

  Kami diajar tentang ilmu marketing yang saya rasa tidak pernah lagi saya belajar dari orang lain. Marketing tentang cara mengenai potensi customer berdasarkan warna peribadi mereka, Kuning, Biru, Merah dan Hijau. Dengan cara mengenali warna peribadi mereka, barulah kita tahu pendekatan yang bagaimana untuk menarik mereka menjadi ahli Shaklee. Ada satu soalan yang diajukan yang menarik minat saya tentang Shaklee. Apa beza Shaklee dengan syarikat MLM lain? Perbezaan itu yang saya rasakan uniknya Shaklee berbanding dengan bisnes MLM lain.

Bersama nenda Master Norita dan upline Master Farah dengan ahli Enermax

  Memandangkan seminar ini adalah seminar tertutup, kami tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang rakaman audio atau video tentang intipati seminar tersebut. Perkongsian intipati seminar tersebut kami hanya boleh kongsikan pada downline atau pada mereka yang berminat untuk menyertai Shaklee. Saya boleh katakan, seminar kali ini memang lain dari yang lain, dan saya sangat berpuas hati dengan seminar ini


Sempat wefie bersama upline Master Farah 

  Usai seminar, sesi bergambar dengan semua peserta yang hadir dan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Sempat juga meluangkan masa untuk makan tengahari bersama dengan upline saya Master Farah Alias. Dalam keluarga Shaklee, tidak kira anda pada level mana sekalipun, bila bersama dengan rakan-rakan, kami berkongsi macam-macam cerita dan bukan semata-mata soal bisnes.

Dah habis seminar, ,jom kita makan 

  Secara kesimpulannya, seharian perjalanan untuk menimba ilmu memang agak memenatkan. Walaupun letih, hasil dari seminar ini dapat membantu saya untuk recharge kembali semangat saya untuk meneruskan bisnes Shaklee. Saya sudah pergi sejauh ini dan saya tak akan menoleh kebelakangan lagi. Selagi ada permintaan untuk vitamin Shaklee, selagi itu saya akan teruskan berkongsi kebaikan Shaklee pada orang lain.

  Ingin tahu apakah cara mengenalpasti potensi customer yang kami belajar melalui seminar ini? Boleh hubungi saya seperti dibawah.

Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  















0 comments:

Post a Comment