Cara Mengekalkan Kesihatan Ketika Musim Panas

Assalamualaikum..

  Kebelangan ni cuaca agak panas. Di Taiping sendiri dalam tempoh 2bulan ni cuma ada 2 kali saja hujan..itupun hujan yang sedikit dan sekejap. Tak sempat merasa kesejukan hujan, cuaca kembali panas.



  Dalam keadaan cuaca panas seperti ini, kita mungkin akan berpotensi untuk mengalami keletihan yang melampau, sakit kepala, dehidrasi dan badan terasa lemah apatah lagi jika kita kurang mengambil air kosong. Jadi mungkin cara-cara ini dapat membantu kita mengekalkan kesihatan ketika musim panas.

Minum air sekerap yang boleh




  Musim panas seperti ini, tubuh mungkin berpotensi mengalami dehidrasi. Jadi perlu minum air dengan sekerap yang boleh untuk menyejukkan tubuh dan mengelakkan keletihan.

Kurangkan aktiviti luar

  Jika boleh, kurangkan aktiviti luar terutamanya diantara pukul 12 tengahari ke 3 petang kerana pada waktu ini cahaya agak terik. Pantau juga aktiviti anak-anak dan elakkan mereka dari bermain diluar ketika cuaca panas. Galakkan mereka bermain indoor game ketika cuaca masih terlalu panas diluar

Pakai Pakaian Yang Sesuai

  Digalakkan untuk memakai pakaian yang berasaskan kapas kerana ia lebih sejuk dan selesa dipakai ketika hari panas. Jika anda kerap menjalankan aktiviti luar, pakailah sunlight lotion yang dapat melindungi kulit dari pancaran cahaya UV.

Kurangkan Pengambilan Kafien

  Kafien akan menyebabkan kita mudah membuang air kecil kerana ia bersifat dueratik. Ini okay tetapi jika anda jenis yang minum air masak yang banyak. Jika anda kurang minum air masak tetapi suka minum kafien, tubuh anda akan lebih banyak kehilangan air.

Bersenam Di kawasan yang tertutup




  Jika anda jenis yang suka bersenam, bersenamlah di tempat yang tertutup seperti di rumah atau di gym dimana anda tidak terdedah dengan cuaca panas yang terik. Jika anda ingin bersenam diluar, pastikan anda bersenam pada petang hari ketika matahari tidak begitu terik. Jangan lupa untuk minum air yang banyak selepas anda bersenam

Minuman Isotonik




  Minuman isotonik sangat membantu untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Anda boleh mengambil minuman isotonik seperti Performance Drink ketika bersenam. Minuman isotonik ini mempunyai garam mineral yang memberikan tenaga kepada badan terutama selepas bersenam. Ia juga membantu mengurangkan kehilangan kelembapan badan.

  Jika kita mengambil mudah akan kesihatan kita terutama pada musim panas ini, kita berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan yang lain. Yang paling kita cuba elakkan adalah Strok Haba. Jadi kurangkan aktiviti diluar rumah ye, dan jangan lupa minum air yang banyak setiap hari.

Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  


















0 comments:

Post a Comment