12 Sebab Berat Badan Tidak Turun - Part 1

Assalamualaikum..




Pernah tak anda berdiet, dan bila anda bersungguh-sungguh berdiet, berat anda tak turun ataupun mungkin penurunan berat anda tak seperti yang anda harapkan? Kecewa kan? Kadang rasa pelaburan untuk beli makanan yang sihat pun tak berbaloi sebab usaha kita tak seperti yang kita harapkan.

  Tapi pernah tak anda tanya pada diri sendiri, apa  sebenarnya punca berat badan tak turun atau mungkin statik setelah turun pada minggu pertama? Cuba tengok sebab dibawah, mungkin ini adalah antara puncanya.


1. HILANG LEMAK TAPI TAK PERASAN

Satu perkara normal, bila kita berdiet, kita memang akan fokus pada angka pada penimbang kan? Pada minggu pertama berdiet, adalah satu perkara normal untuk kehilangan 2-3kg berat badan kerana kebanyakan dari berat yang hilang itu adalah berat air. Selepas dari itu, berat kita akan statik ataupun turun dengan sedikit.



  Namun yang orang tak tahu, kita terlalu fokus pada berat badan kita, sehingga kan kita sebenarnya lupa bahawa bila berdiet, kita akan kehilangan lemak dalam badan. Apatah lagi bila kita berdiet dan mengamalkan senaman, lemak dalam badan akan lebih mudah hilang. Pernahkah anda mengukur ukur lilit tubuh anda sebelum anda berdiet dan selepas berdiet beberapa minggu?

  Jika pakaian anda longgar, maksudnya anda telah KEHILANGAN lemak. Jika berat badan anda masih statik, pembakaran lemak mungkin masih berlaku..jadi jangan fokus pada angka penimbang saja ya

2. TERLEBIH KARBOHIDRAT

  Sesetengah orang lebih sensitif pada karbohidrat. Saya sendiri berat badan akan cepat naik jika mengambil banyak karbohidrat seperti roti. Jika anda telah mengurangkan pengambilan karbohidrat dan masih tiada penurunan, anda perlu lebihkan pengambilan protien dan lemak yang sihat serta sayur-sayuran. Diet seperti ini sesuai untuk saya. Tapi perlu ingat, lain orang, kesannya berbeza. Jadi boleh cuba pelbagai jenis diet yang anda selesa dan serasi untuk anda.


3. STRES

  Mempunyai tahap stres yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan rasa lapar dan keinginan anda untuk makan makanan yang tidak sihat. Anda boleh mengurangkan tahap stres anda dengan membuat latihan pernafasan atau boleh juga telan vitamin B kompleks :)



  Stres yang melampau akan memberi gangguan pada hormon anda dan membuatkan anda lebih cepat lapar dan membantutkan pernurunan berat badan anda

4. MAKANAN YANG TIDAK BERKUALITI

  Jika anda mengamalkan diet yang rendah karbohidrat, anda bukan saja perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat, tetapi mengelakkan terus makanan yang diproses. Makanlah makanan yang segar seperti daging, telur, sayur dan lemak yang sihat untuk mengurangkan berat badan.


  Penting untuk anda makan LEMAK YANG SIHAT bagi membekalkan tenaga kepada anda. Makanan berkhasiat seperti daging, ikan telur sangat bagus untuk membantu penurunan berat badan anda

5. KURANG MINUM AIR

  Saya pernah dalam situasi dimana saya berdiet, jaga makan dan bersenam tapi berat badan tak turun malah statik. Kecewa tu memang la..dan saya adukan hal ini pada jurulatih saya. Rupanya, saya tak mengambil air yang mencukupi. Air sangat penting dalam penurunan berat badan kerana air akan membantu meningkatkan metabolisma badan. Air juga penting sebagai detoks tubuh

  Tahukah anda berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari? Untuk 25kg berat badan, anda perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 1 liter air. Jadi jika anda mempunyai berat dalam 60kg, sekurang-kurangnya anda perlu 2.5liter air sehari atau lebih.



  

6. TIDAK CUKUK TIDUR





    Kajian mendapati, kekurangan tidur berhubung kait dengan berat badan dan obesiti. Kekurangan tidur boleh membuat kita berasa lapar dan letih untuk bersenam. Malah kita lebih cenderung untuk makan makanan yang tidak sihat bila badan kita tidak cukup tidur. Elakkan pengambilan kafien dan makan yang beralkohol 2 jam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang cukup. Lebih banyak anda berehat, lebih mudah berat badan anda mengalami penurunan.

  InsyaAllah, saya akan sambung 6 sebab lagi berat tak turun pada entri esok ye. Jika ada persoalan mengenai kesihatan atau vitamin Shaklee, boleh hubungi saya seperti dibawah


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  






0 comments:

Post a Comment