12 Sebab Berat Badan Tidak Turun - Part 2

Assalamualaikum..

  Entri semalam saya ada senaraikan 6 sebab kena berat badan tak nak turun atau susah nak turun. Ini ada 6 sebab lagi kenapa berat badan menjadi statik walaupun berdiet.



1. CARA BERSENAM YANG TIDAK BETUL ATAU TAK BERSENAM LANGSUNG

  Bukan satu perkara yang wajib untuk bersenam bagi membakar kalori. Senaman sebenarnya elok untuk kesihatan fizikal dan mental. Dalam tempoh jangka masa panjang, senaman akan meningkatkan jisim otot dan meningkatkan kesihatan metabolik. Tahukah anda, otot sebenarnya membantu pembakaran lemak dalam badan, sebab tu jika kita tengok mereka yang bersenam, ramai yang ingin membina otot untuk membantu pembakaran lemak dalam badan.



 Penting untuk anda melakukan senaman yang betul. Contoh senaman yang boleh anda lakukan

  • Angkat berat - akan membantu meningkatkan jisim otot anda yang membantu penurunan berat badan
  • Interval Training - melakukan selang seli intensiti tinggi bagi kesihatan kardio dan meningkatkan metabolisma tubuh
  • Low intensity - senaman jenis ini menjadikan kita seorang yang aktif, contohnya berjalan, berjoging, membuat kerja rumah pun dianggap sebagai low intensity workout

2. MAKAN TERLALU BANYAK PEMANIS

  Penurunan berat badan dan benda manis sangat tak serasi. Gula dari makanan manis akan menyebabkan berat badan anda sukar untuk turun. Cuba anda lakukan eksperimen sendiri, stop mengambil makanan manis dalam tempoh seminggu, anda akan perasan perubahan dalam tubuh anda. 



  Namun jika anda memang tak boleh meninggalkan makanan atau minuman manis, bertukarlah pada pemanis tiruan seperti stevia. Saya sendiri sangat menggemari teh tarik dan mengambil teh tarik setiap hari, tetapi saya menggantikan susu pekat dan gula pada teh tarik tersebut dengan fresh milk dan stevia yang lebih sihat. 

3. UBAT UBATAN

  Terdapat ubat-ubatan tertentu yang dikenali akan meransang berat badan. Jika anda mengambil ubat-ubatan dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan, berbincanglah dengan doktor anda tentang ubat-ubatan yang boleh menyebabkan berat badan anda naik. 

4. ANDA SENTIASA MAKAN
  
  Sebenarnya  tak salah jika kerap makan, tapi pastikan apa yang anda makan itu adalah makanan yang sihat. Kudapan seperti buah, bijirin adalah kudapan yang sihat. Anda juga perlu elakkan makan 4 jam sebelum tidur bagi membantu usus anda memproses dan mencernakan makanan yang anda makan

5.  BILA CHEAT DAY MENJADI CHEAT WEEK DAN CHEAT FOREVER

  Bagi orang yang dapat mengawal diri, mungkin anda boleh mempunyai cheat day sehari dalam seminggu. Tapi bagi yang tak dapat mengawal diri dan terdedah kepada ketagihan makanan, CHEAT akan mendatangkan lebih banyak mudarat dari kebaikan.



  Dalam fikiran anda, mungkin anda terfikir, ala takpelah..dah 6hari diet, apa salahnya cheat sehari. Tapi ini tak bermaksud bila anda cheat, anda boleh makan sebanyaknya sehingga mengabaikan jumlah kalori yang anda makan. Jika anda yang kuat semangat berdiet, mungkin the next day anda tak ada masalah untuk meneruskan diet anda, tapi bila anda ketagihan makanan, cheat day mungkin akan menjadi cheat week atau cheat forever

6.  BERDIET TERLALU LAMA

  Apabila anda terikat pada satu diet terlalu lama, badan anda mungkin akan menjadi imun pada diet berkenaan dan mungkin tidak menunjukkan perubahan berat. Ini juga boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menurun.

  Sebaliknya selepas berdiet sekian lama, ambil tempoh seketika untuk anda maintainkan berat badan anda dan bina otot. Selepas tempoh berehat, anda boleh teruskan diet anda.

  Apapun diet yang anda lakukan, perlulah konsisten. Mungkin anda boleh merujuk kepada mereka yang berpengalaman dalam berdiet. Berdiet juga memerlukan ilmu, Diet yang tak betul mungkin tidak akan memberikan sebarang kesan kepada berat badan kita. 

  Anda mempunyai persolaan mengenai hal kesihatan dan vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dan saya akan cuba bantu anda


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 




Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales
  









0 comments:

Post a Comment