Sayangi Jantung, Kawal Kolestrol Anda..

Assalamualaikum..



  Malam kelmarin tiba-tiba kena chest pain. Agak risau juga sebab tiba-tiba sakit. Setahu saya kali terakhir saya sakit chest pain pada 3 tahun lepas dan dimasukkan ke wad kecemasan. Tapi masa tu menurut doktor chest pain saya berpunca daripada muscle pain. Risau pula kali ni bila sakit ada masalah jantung atau masalah lain kan.

  Lepas buat ECG (pemeriksaan jantung) dan juga mengambil contoh darah, doktor kata keputusan jantung normal, kolestrol dalam darah normal, gula dalam darah normal dan buah pinggang serta hati semua normal. Alhamdulillah rasa lega bila doktor bagitau keputusan kesihatan saya

  Saya bertanyakann kepada doktor, adakah orang yang aktif bersukan juga berpotensi untuk mendapat serangan jantung dan mempunyai kolestrol yang tinggi? Menurut kata doktor, sesiapa pun ada potensi untuk mendapat serangan jantung, hatta mereka yang aktif bersukan pun mempunyai potensi untuk mendapat serangan jantung.

  Ini berpunca dari gaya hidup dan juga corak pemakanan yang diamalkan seharian. Walaupun aktif bersukan tetapi jika pemakanan juga tidak dijaga, potensi untuk mendapat kolestrol yang tinggi serta penyakit jantung tetap ada.

  Jangan kita fikir bila seseorang itu aktif bersukan, dia akan terselamat dari penyakit jantung, dan jangan pula kita anggap bila seseorang itu berbadan kurus, dia tak berisiko mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Semuanya berbalik kepada cara pemakanan kita. Jika tak mampu mengamalkan pemakanan yang sihat, ambillah suplemen yang membantu mencegah penyakit yang akan datang.

  3 tahun lalu, saya mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dari normal range. Alhamdulillah bila konsisten makan Omega dan Lecithin, bacaan kolestrol balik ke normal. Kedua-dua suplemen ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan kolestrol.

  Oh ya, berbalik pada cerita chest pain tadi, selidik punya selidik, rupanya punca chest pain tadi adalah dari angin dalam badan yang berpunca dari gastrik. Tambahan pula dengan keadaan hormon yang tak stabil bila nak datang bulan. Jadi itu yang menjadi punca pada masalah chest pain tadi. Nampak gaya kena add on Peppermint Ginger Plus dengan GLA pula la lepas ni supaya badan tak asyik berangin dan hormon tak swing kan..hihi

  Tapi seriusly, jangan ambil mudah dengan pemakanan kita. Apa yang kita makan, boleh menentukan tahap kesihatan kita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jika tak mampu mengawal apa yang kita makan, ambillah suplemen untuk kesihatan yang lebih baik.



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales


















0 comments:

Post a Comment