Gemuk Air : Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum..

  Pernah dengar istilah Gemuk Air?? Ada ye istilah gemuk air ni? Dulu-dulu saya fikir gemuk ni meliputi semua, tak pernah pula terlintas ada istilah gemuk air, gemuk daging dan gemuk yang lain2. Sehingga saya mula terlibat dalam program kesihatan baru tau ada istilah Gemuk Air ni.



  Gemuk air ni terjadi apabila badan terlalu banyak menyimpan air. Pernah tak anda rasa, tiba-tiba berat anda naik sedangkan anda tak makan banyak mana pun. Atau tiba-tiba anda merasakan perut anda buncit pada hari ini, dan keadaan itu tak kekal. Keesokkan harinya perut anda da normal seperti biasa. Ini mungkin disebabkan oleh gemuk air.

PUNCA GEMUK AIR

1. Tidak minum air secukupnya

Dulu saya  ingat bila minum banyak air, maka badan akan jadi berat dan gemuk. Tapi sebenarnya apabila kita kurang minum air, otak akan memberi signal dalam badan untuk menyimpan air. Maka air yang berlebihan ini akan disimpan didalam badan kita untuk elakkan kita dehidrat. Jadi, minum air cukup, dan jangan risau, air ini akan dibuang balik melalui pembuang air kencing, perpeluhan malah pernafasan

Bagaimana kita tahu berapa banyak air yang perlu kita minum setiap hari? Bagi setiap 25kg berat badan anda, anda kena minum 1 liter air. Jadi jika anda mempunyai berat dalam lingkungan 55kg, jumlah air yang anda kena minum adalah 2liter atau lebih.

2. Banyak makan makanan bergaram

Garam sebenarnya mengahalang penyerapan air dalam sel badan. Pemakanan harian kita mengandungi banyak garam khususnya makanan yang berupa fastfood. Sebab tu bila anda berdiet, anda perlu mengelakkan pengambilan garam yang banyak

3. Makanan bergula tinggi

Air berkarbonat, teh tarik (my favourite ni :P ) donut, manisan, kek..semua ni memang sungguh menggiurkan. Gula ni menyebabkan gemuk air. Malah lemak dalam badan juga akan bertambah. Ada orang berdiet, tak makan nasi, tapi makan 3 ketul donut..hmm..salah tu..kalori sebiji donut itu sendiri dah melebihi kalori nasi, jadi macamana nak berdiet?

4. Makan berlebihan

Makan berlebihan terutama sekali makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi akan menyebabkan potensi untuk gemuk air juga tinggi. Agak sukar sebenarnya mempraktikkan healthy meal untuk kita yang sudah terbiasa makan makanan yang tinggi gula dan garam, namun anda boleh mulakan dengan mengawal portion makan anda

5. Kurang bersenam

Kurang bersenam akan menyebabkan metabolisma badan akan semakin rendah.Walaupun kita makan dalam kuantiti yang sedikit, berat badan tetap akan naik disebabkan oleh kadar metabolisma kita yang rendah. Pernah nampak orang makan banyak tapi badan tak naik? Ini disebabkan kadar metabolisma mereka tinggi. Tapi jaga-jaga ya, semakin umur meningkat, kadar metabolisma kita juga akan rendah.



Jadi bagaimana nak elakkan dari gemuk air?

  • Minum air lebih
  • kurangkan pengambilan garam
  • lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Elakkan stres
  • Tidur haruslah cukup
  • mengambil makan yang seimbang
Ada tak suplemen Shaklee yang boleh mengurangkan potensi gemuk air? InsyaAllah saya akan sharekan suplemen Shaklee untuk masalah gemuk air ini pada entry akan datang ya


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales







0 comments:

Post a Comment