10 Cara Bagaimana Memulakan Diet

Assalamualaikum..

  Saya akui, nak mulakan diet semula sebenarnya agak sukar. Apatah lagi bila badan kita sudah serasi untuk makan dalam kuantiti yang banyak, nak mengawal balik pemakanan dan berdiet secara betul itu bukanlah mudah.



  Namun jika ada keazamaan untuk berdiet, anda boleh praktikan tips ini:


1. MULAKAN HARI INI, KALAU TIDAK BILA LAGI??

Bila da berazam untuk diet, mulakan segera. Sebolehnya jangan asyik bertangguh. Bila bertangguh-tangguh, sampai ke sudah tak akan berdiet. Silap-silap, badan sempat naik balik jika asyik bertangguh.

2. MINUM AIR SEOLAH-OLAH AIR ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA

Penting untuk minum air setiap hari ketika anda berdiet. Air membantu anda mengambil kalori yang lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda boleh minum air y ang rendah kalori seperti teh, air limau atau jus buahan segar. Jus buah segar ye, bukan yang telah diproses kerana yang diproses mengandungi kandungan gula yang tinggi



3. RANCANG JADUAL PEMAKANAN ANDA

Pemakanan yang seimbang amat penting dalam memulakan diet. Anda perlu tahu keperluan kalori anda dan tahu do and don'ts makanan ketika berdiet. Jika anda tahu nilai kalori makanan yang anda ambil, itu lebih baik, sekurang-kurangnya anda tahu berapa kalori yang telah anda ambil sepanjang hari tersebut

4. MAKAN DENGAN BETUL

Istilah makan dengan betul adalah anda makan pada masa yang sepatutnya. Jangan skip meal anda. Mereka yang berdiet biasanya akan makan 6 kali sehari. Tapi anda harus tahu apa makanan yang anda ambil. Berlapar juga is a BIG NO ketika berdiet. Berlapar akan menyebabkan kadar metabolisma anda semakin menurun dan melambatkan penurunan berat badan

5. LAKUKAN JOURNAL MAKANAN ANDA

Jika anda rajin, buat journal makanan anda setiap hari. Bila anda rasa tak tahu nak makan apa, cuba tengokk balik journal makanan anda dan anda boleh ulang semula jenis pemakanan anda



6. SENTIASA INGATKAN DIRI ANDA SEJAUH MANA BERJAYA

Bila anda dah berjaya menurunkan berat badan, dan tiba-tiba lupa tentang diet, ingatkan diri anda yang anda telah pergi sejauh ini, terutama sekali bila anda telah mengalami penurunan berat badan yang banyak. Jika anda baru bermula, sentiasa ingat pada target anda dan jadikan target anda tu peransang untuk anda berjaya

7.  JANGAN MAKAN SAMBIL BUAT KERJA LAIN

Perasan tak, bila kita makan dalam masa yang sama kita buat kerja yang lain, kita berkemungkinan untuk makan lebih banyak. Contohnya jika anda menonton televisyen, di hadapan komputer atau semasa membaca surat khabar, anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa sedar dengan kuantiti makanan yang anda ambil

8. BERPELUH 

Tak kisah jika anda membuat senaman atau membuat kerja rumah, pastikan anda berpeluh. Berpeluh sebenarnya tanda bahawa tenaga  digunakan dan dibakar. Kan elok kalau berpeluh :)

9. JADIKAN BUAHAN DAN SAYURAN SEBAGAI KAWAN BAIK ANDA

Amalkan pemakanan buahan dan sayuran setiap hari. An apple a day will keep the doctor away!! Buah dan sayur mempunyai kandungan kalori yang rendah. Anda boleh jadikan buah dan sayur sebagai snek anda bila anda lapar



10. LAKUKAN SEHARI SATU PUSH UP

Untuk mendapatkan badan yang kuat, tak lah bermaksud anda perlu habiskan masa anda  di gim setiap hari. Mulakan satu push up setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari dan seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.




Ini antara tips yang saya praktikkan dalam memulakan diet. Yang penting nak mulakan diet, hati kena gembira, jangan stres, dan pastikan tidur anda cukup setiap hari. Nak lebih tips mengenai kesihatan diri atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya seperti dibawah


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment