Punca Kencing Tak Lawas

Assalamualaikum..

  Agak tak sihat hari ni. Tapi sebab idea datang dengan tiba-tiba berdasarkan pengalaman sendiri, jadi lah entri hari ni😊

  Dah 3 hari badan tak berapa sihat. Rasa sekejap demam sekejap okay. Tekak pula perit je. Nak telan makanan pun kena telan hati-hati. Banyak makan liquid food compare solid food.

  Bila jumpa doktor, doktor kata selain tekak merah saya juga mengalami masalah kencing tak lawas. Patutlah saya asyik nak ke tandas setiap 20minit..



  Sebenarnya masalah tekak sakit dan kencing tak lawas ni ada satu sebab yang sama. Kurang minum air. Maklumlah sepanjang minggu ni berpuasa, minum air masak pun kurang. Jadi terima la akibatnya.

  Selain kurang minum air masak, masalah kencing tak lawas ni disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

PENUAAN
Otot pundi kencing kita semakin lemah apabila usia meningkat. Jadi seiring dengan faktor usia..kita akan melalui masalah kencing tak lawas ni..

FAKTOR JANTINA
Kebiasaanya wanita akan lebih kerap mengalami masalah kencing tak lawas ni. Kehamilan, melahirkan anak dan faktor anatomi tubuh wanita boleh menyumbang kepada masalah kencing tak lawas ni. Lelaki yang menpunyai masalah kelenjar prostat juga berkemungkinan mengalami masalah ini.

AKTIVITI SEHARIAN
Sedar tak sedar aktiviti harian juga menyumbang kepada masalah kencing tak lawas. Aktiviti seperti bersenam, batuk, ketawa dengan kuat boleh penyebabkan otot yang menampung air kencing kita menjadi lemah dan melepaskan air kencing sedikit demi sedikit.



  Bagi pengemar kopi atau kafien juga, anda juga berpotensi mengalami masalah kencing tak lawas ni. Kafien sebenarnya membuatkan kita lebih cepat buang air dari biasa.

  Okay, ini antara punca yang menyebabkan kencing tak lawas. InsyaAllah pada entri akan datang saya share pula cara mengatasi masalah kencing tak lawas ni ye.


Salam Sayang,

NUR FATIN



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:

 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment