Pengalaman Dan Cabaran Menghantar Anak Ke Tadika Aliran Cina

Assalamualaikum..

  Sedari Amna berusia 4 tahun lagi, saya memang berniat untuk menghantar Amna ke tadika Cina. Cuma pada waktu itu, saya masih was-was samada keputusan saya itu adalah yang terbaik untuk Amna sebab saya ingin Amna melalui proses pembelajaran itu dengan gembira dan bukan dengan tekanan.

Bila mood baik..muka ceria je ke sekolah 

 Jadi sebelum decide untuk mendaftar ke tadika Cina, saya sendiri tanya Amna, kalau dia sendiri willing untuk belajar bahasa lain selain dari bahasa Melayu dan English. Saya lihat Amna mempunyai potensi untuk belajar sesuatu yang baru, dan saya tahu kemampuan Amna setakat mana, sebab tu saya berani untuk mendaftarkan dia di tadika Cina

Sampai rumah, terus buat homework 

 Saya terangkan kepada Amna, tadika Cina mungkin pembelajaran dia agak berbeza sikit. Ada bahasa lain yang perlu dia belajar, ada tulisan istimewa yang dia perlu belajar, malah dia kena bersedia untuk kerja sekolah yang banyak. Amna pada waktu tu hanya mengangguk setuju. Tapi dalam hati saya berkata, kalau Amna tak mampu untuk belajar semua pelajaran ini, saya akan teruskan persekolahan Amna pada tadika biasa.

  Sebelum-sebelum ni, memang ada juga dengar kawan-kawan kata, yuran untuk belajar di tadika Cina agak mahal jika dibandingkan dengan tadika biasa. Dan yuran persekolahan perlu dibayar dua kali iaitu pada awal tahun dan pertengahan tahun. Buku sekolah, memang banyak. Seingat saya, ada dalam 13-15 buah buku kerja yang perlu dipelajari untuk satu penggal. Ini tak termasuklah buku latihan penulisan. Dan pada pertengahan tahun pula, akan ada buku baru untuk mereka siapkan.

  Bila Amna mula sesi persekolahan, setiap hari saya akan bertanyakan dia macamana pembelajaran dia. Nampak Amna agak gembira belajar di  tadika Cina. Tapi ada masanya, memang Amna ada mengadu pada saya, kerja sekolah banyak. Amna ada mengadu pada saya, dia tak pandai menulis dalam bahasa Cina.

Muka bosan bab penulisan bahasa cina..hihihi

 Tapi saya kagum pada Amna, dia boleh belajar bahasa Cina dengan cepat. Malah saya sendiri pun mempelajari bahasa Cina dari Amna. Bila dia menghadapi kesukaran dalam penulisan Cina, saya akan sama-sama dengan dia untuk menulis bahasa Cina. Jadi kami sama2 cuba 'enjoy' homework tersebut. Saya tak nafikan, setiap hari kerja sekolah memang sentiasa ada, dan kebiasaannya kerja sekolah ini adalah penulisan bahasa Cina.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan penggal 1

  Pernah juga saya sendiri tanya pada guru kelas Amna, macamana prestasi Amna yang sebenar di sekolah. Kalau tanya amna, dia kata semuanya okay. Takkan semuanya okay kan? So, lebih baik tanya pada cikgu dia sendiri. Alhamdulillah, jawapan positif saya terima dari guru kelas Amna. Amna boleh belajar dengan baik. Malah dalam peperiksaan juga, berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

kawan sekolah meraikan harilahir 
  Pada zaman saya dulu, saya rasa bila tengok tadika atau sekolah Cina, kebanyakan pelajarnya adalah pelajar Cina. Tapi zaman sekarang, sekolah tadika Cina mula diminati oleh semua bangsa. Dalam kelas Amna sendiri ramai pelajar Melayu dan ada juga pelajar India disamping pelajar Cina sendiri. Boleh saya katakan, dalam satu kelas tersebut, pelajarnya adalah pelajar majmuk.

  Kelas agama pun disediakan seminggu dalam 3kali. Ustazah akan datang ke tadika dan mengajar anak-anak yang beragama Islam asas pendidikan Islam. Malah anak-anak juga diajar untuk menulis bahasa Jawi ketika kelas agama berlangsung.

  Pasti ramai yang risaukan makanan yang disediakan disekolah. Pada awal-awal kemasukkan dulu, ada nasi lemak yang disediakan oleh pihak sekolah. Nasi lemak ini disediakan oleh tukang masak beragama Islam. Tapi sepanjang Amna bersekolah sehingga kini, setiap hari saya akan bekalkan makanan kepadanya. Amna sendiri pun lebih suka membawa bekal dari rumah.

  Bagi saya buat masa kini, antara cabaran yang saya perlu lalui adalah mengajar dan belajar bahasa Cina dengan Amna. Maklumlah, saya bukan dari sekolah aliran Cina, jadi memang saya tak faham dan tak pandai berbahasa Cina. Jadi apa yang saya buat, saya bertanya kepada saudara mara saya yang berbangsa Cina dan bersekolah di aliran Cina. Alhamdulillah, ia memang membantu.

Sentiasa ceria dipagi hari

Sukar sebenarnyanya menjangkakan prestasi pelajaran Amna memandangkan dia masih tadika. Menginjak ke sekolah rendah nanti, pasti cabarannya lebih besar dan lebih sukar. Saya tak pernah memaksa Amna untuk belajar dalam aliran Cina, tapi jika dia mampu teruskan, saya akan sokong. Tapi jika satu hari nanti, dia tak mampu meneruskan pembelajaran di sekolah aliran Cina, saya paham. Bagi saya yang penting, Amna kena melalui proses pembelajaran itu dengan senang hati.

  Anda ada pengalaman menghantar anak anda ke sekolah aliran cina? Jom kongsikan pengalaman anda pula :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com Follow 
Fb : NurFatin Raihanah Eamelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment