Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil??

Assalamualaikum..

  Sejujurnya saya  tak  pernah lagi melalui proses minum air gula ketika hamil. Saya tak pasti sewaktu saya hamil pada  tahun 2011 adalah klinik kesihatan sudah mewajibkan ibu yang mempunyai risiko kehamilan ini minum air gula. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang pernah melaluinya, minum air gula bukan pengalaman yang menyeronokkan



  Kenapa perlu minum air gula sedangkan air gula itu sendiri sangat manis. Bukankah kita kena kurangkan minum atau makan makanan atau minuman yang manis sewaktu kehamilan? Ada kawan-kawan yang sampai termuntah bila minum, dan muntah bukan alasan untuk mengelakkan diri dari minum air gula kerana proses yang sama kena diulangi jika si ibu muntahkan air gula yang diminumnya.

  Jadi kenapa perlunya minum air gula? Fungsi sebenar minum air gula ini adalah untuk memeriksa samada ibu yang hamil mempunyai kencing manis ataupun dalam istilah perubatannya Gestational Diabetets iaitu kencing manis ketika hamil. Ujian ini dikenali sebagai MGGT Test (Modified Glucose Tolerance Test).



  Sebelum si ibu dihendaki menjalani ujian ni, si ibu akan dinasihatkan
  • Berpuasa dari pukul 10 malam sebelum ke klinik pada keesokkan harinya
  • Darah akan diambil pada hari temujanji. Sampel Fasting Blood Sugar akan diambil untuk melihat kandungan gula dalam darah
  • Selepas itu ibu akan diberikan air gula (glukos) yang mengandungi 75gm glukos + 250ml air.
  • Ibu perlu menunggu diklinik selama 2 jam untuk menunggu keputusan darah. Dalam tempoh ini ibu tidak dibenarkan untuk makan dan minum
  • Selepas 2 jam darah akan diambil sekali lagi untuk melihat keputusannya
  Teori disebalik ujian ini adalah macam ni. Kencing manis terjadi bila badan kita tak dpt memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukos. Glukos amat penting sebagai sumber tenaga untuk semua sel dalam badan.  Tetapi jika glukos berlebihan, hati akan menukar glukos menjadi glikogen untuk disimpan.
  Biasa dengarkan insulin? Apa dan apa fungsi dia? Insulin ni la yang berfungsi menukarkan glukos pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila glukos berlebihan. Insulin juga berfungsi membawa glukos kedalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
  Jadi bila ibu-ibu minum air gula, sebenarnya nak uji samada insulin itu boleh memainkan peranan atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan kemungkinan si ibu akan mempunyai penyakit kencing manis ketika hamil
  Moga artikel ini dapat memberi info dan manafaat pada semua ye..


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com Follow 
Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment