Beratku Naik Mendadak!! Macamana nak turunkan???

Assalamualaikum..

  Salam 11 Syawal. Rasa masih belum terlambat lagi kan untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin kepada semua. Masih ada yang dalam mood raya lagi ke? atau semua da kembali ke rutin harian macam biasa??



  Lepas raya ni, biasalah kan, mesti dengar macam-macam cerita pasal berat badan naik secara mendadak. Masa berpuasa sebulan turun berat smpi 3-5kg, raya seminggu je, boleh naik secara mendadak, malah lebih banyak naik dari turun ketika berpuasa. Saya?? tak terkecuali juga la berat naik secara mendadak. Fuh, nasib baik berat naik tak melebihi penurunan berat.

  Sebelum berat naik dengan jayanya, baik ambil pencegahan siap-siap. Kalau tak, silap haribulan mau juga BMI dari normal bertukar kepada overweight dan obes kan? Dah la saya ni memang jenis susah nak turunkan berat.

  Jadi bermula dari Sabtu minggu lepas, saya da start detoks secara konsisten. Bukanlah selama ni saya tak detoks, cuma nak detoks tu saya on off je sebab makan pun tak banyak kan. Kali ni memandangkan raya makan macam-macam makanan yang kurang healthy, so kenalah detoks dengan bersungguh-sungguhkan. Saya start detoks dengan Herblax, Alfalfa, Lecithin, Omega dan Vivix.

  Selain tu, saya dah start untuk kawal pemakanan. Kuih-kuih raya tu, kalau masa raya, setiap hari nak makan kuih raya. Bila da mula untuk detoks, kuih-kuih raya tolak ke tepi ye. Menu untuk lunch dan dinner pun saya kembali pada portion yang sesuai untuk diet. Less oily food and more healthy food. Air manis pun memang tolak ke tepi. Tapi kalau teringin sangat, minum la sekali dalam sehari..heheheh

  Senaman, memang da kena start semula. Bulan puasa hari tu, boleh hitung la berapa kali bersenam dalam seminggu. Tu pun senaman yang ala kadar je, tak merasa pun DOMS hasil dari senaman hari tu. So start minggu lepas, da slowly buat senaman. Buat benda yang mudah dulu. Slow walk, slow jog, then buat senaman basic macam jumping jack, squat, push up. Buat takat mampu je. Kang otot badan terkejut pula kan..





  Dan start puasa sunat juga. Kena bersihkan perut dan usus secara semulajadi selain dari detoks dengan Shaklee. Alhamdulillah, hasil gabungan semua ni, dalam tempoh 4hari, dapatlah kurangkan 1.5kg which is not bad kan..hmm..ada 1kg lagi nak buang ni. Harap istiqamah lah ye dengan jaga makan, senaman dan suplemen.

  Ini pengalaman saya untuk turunkan berat selepas raya. Anda pula macamana? Yang alami kenaikan berat badan, macamana anda turunkan semula berat badan anda???


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com Follow 
Fb : NurFatin Raihanah Eamelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales






0 comments:

Post a Comment