Kanser Serviks : Kenali Tanda dan Puncanya

Assalamualaikum..

  Jika anda wanita yang pernah melahirkan anak, sudah tentunya anda akan disyorkan untuk menjalani ujian pam smear untuk memeriksa kesihatan serviks anda. Pap smear adalah satu kaedah yang digunakan bagi memeriksa samada seseorang wanita itu berisiko menghadapi kanser serviks.



  Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim kebiasaannya menyerang wanita yang berumur 30 - 45 tahun. Bagi wanita yang juga sexually active, risiko mendapat kanser serviks ini adalah tinggi, apatah lagi bila hubungan seksual tersebut melibatkan hubungan yang bertukar-tukar pasangan.

Bagaimana mengenali simptom kanser serviks?

  Tiada tanda-tanda yang khusus yang menunjukkan seseorang itu menghidap kanser pangkal rahim. Kebiasaannya mereka yang menyedari mereka menghidap kanser serviks hanya akan menyedarinya apabila kanser mula merebak ke peringkat yang lebih serius.

  Namun sebagai langkah pencegahan, jika anda mempunyai tanda-tanda berikut, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan anda bebas dari kanser serviks

  • pendarahan pada vagina selepas melakukan hubungan kelamin
  • pendarahan pada luar waktu haid
  • pendarahan selepas menapous
  • rasa sakit yang berpanjangan pada serviks
  • rasa sakit semasa melakukan hubungan intim
  • keputihan yang berbau dan tidak menyenangkan
Punca kanser serviks

  Ada beberapa punca yang menyebabkan kanser serviks. Antaranya adalah:
  • seks bebas dan bertukar-tukar pasangan
  • merokok
  • pendedahan seks diawal usia
  • jangkitan kuman
  • penggunaan perancang keluarga
  • sistem imun yang lemah
  Namun sebab utama yang menyebabkan kanser serviks ini adalah disebabkan oleh kuman HPV (Human Papillopa Virus). HPV adalah jangkitan kuman yang berlaku akibat hubungan kelamin khususnya mereka yang bertukar-tukar pasangan. Kuman ini jika tidak dirawat boleh merosakkan sel-sel serviks dan seterusnya merosakkan sel serviks dan bertukar menjadi kanser.

Bagaimana ujian Pap smear membantu?

  Ujian pap smear akan menentukan samada terdapat perubahan sel pada pangkal rahim wanita. Apabila hasil ujian pap smear menunjukkan ada perubahan tidak normal berlaku pada sel serviks, sel-sel tidak normal ini akan dibuang untuk mengelakkan ia merebak.



  Kebiasaannya ujian pap smear disyorkan selepas dua tahun kelahiran bayi. Malah jika ada yang ingin menjalankan ujian lebih awal dari tempoh tersebut, ia amat digalakkan. Selepas menjalani ujian pap smear yang pertama, disarankan untuk terus menjalani ujian pap smear ini selang 3 tahun sekali terutamanya jika anda melahirkan anak.

  Jadi pada wanita diluar sana, jika anda telah melahirkan anak, jangan lupa untuk menjalani ujian pap smear. Mencegah lebih baik dari mengubati. Namun jika anda didapati mengalami simptom kanser serviks, segeralah berjumpa doktor atau mengambil suplemen antioksida seperti VIVIX.




Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment