Atasi DOMS Dengan Pengambilan Suplemen

Assalamualaikum..

  Sejak 'terjebak' dengan aktiviti senaman sejak setahun yang lalu, banyak juga bahasa baru yang saya pelajari. Maklumlah, sebelum-sebelum ni nak bersenam seminggu sekali pun belum tentu, jadi bila dah mula bergiat dengan aktiviti senaman sehingga lah personal training, saya banyak pelajari tentang istilah-istilah dalam aktiviti senaman.

  DOMS atau Delayed Onset Muscle Soreness adalah satu keadaan yang sangat biasa saya alami. Bagi mereka yang belum familiar dengan terms ini, saya ada kongsikan sedikit sebanyak tentang DOMS pada entri INI 

  Bagaimana caranya mengurangkan rasa sakit DOMS ini. Secara kaedah semulajadi, ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan DOMS. Antara yang biasa dilakukan adalah:

  • menjalankan aktiviti warming up (panaskan badan) sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman. Warming up penting agar otot kita bersedia untuk melakukan senaman yang lebih berat selepas aktiviti pemanasan. Jadi nanti takdelah otot terkejut kan?
  • Pengambilan air yang cukup sangat-sangat penting dalam mengurangkan kesakitan DOMS. Cecair dalam badan berfungsi untuk melancarkan pergerakan dalam badan. Kekurangan bendalir akan menyebabkan badan kita mudah cramp dan mengalami kesakitan
  • Tidur juga membantu dalam mengurangkan rasa sakit akibat DOMS. Kebiasanya bila saya sendiri mengalami DOMS selepas satu sesi latihan, saya akan pastikan saya tidur awal cukup. Ini membolehkan otot badan kita berehat setelah penat dengan aktiviti senaman
  • Mengejukkan otot dengan ketulan ais ataupun kain yang sejuk juga mengurangkan kesakitan DOMS
  • Pemakanan memainkan peranan penting untuk mengurangkan kesakitan DOMS. Penting untuk kita mengambil pemakanan yang berzat sebelum memulakan aktiviti senaman dan makan selepas bersenam untuk menggantikan tenaga yang hilang.
SUPLEMEN DAN DOMS

  Protien sangat penting bila kita melakukan aktiviti senaman yang giat. Protien selain membantu membina otot, ia juga membekalkan tenaga sebelum kita bersenam dan boleh juga dijadikan minuman post workout. Untuk saya sendiri, pengambilan ESP sebelum bersenam sangat membantu dalam memberikan tenaga, manakala pengambilan CINCH SHAKE pula mengelakkan otot badan kita menjadi mengeleber setelah berlaku penurunan berat badan.

  Sesuatu perkara yang normal apabila kita melakukan aktiviti senaman yang berat, otot mungkin akan terkejut dan merasa sakit. Dalam keadaan seperti ini, saya biasanya akan mengambil minyak ikan OMEGA GUARD bagi mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot. Omega juga bertindak sebagai pelincir pada otot untuk membolehkan kita bergerak  dengan bebas

  Adakalanya bila terlalu sakit, kita akan mengalami masalah sukar untuk tidur kan? Sebab itu saya akan pastikan saya mengambil OSTEMATRIX sebelum tidur bagi membolehkan saya tidur dengan lena dan mendapat tidur yang cukup. Ostematrix merupakan sumber kalsium yang bukan saja bagus untuk kesihatan tulang, ia juga membantu merehatkan otot pada badan kita.

  Apa-apapun, suplemen sebenarnya cuma membantu untuk mengurangkan kesakitan. Kita sendiri kena memastikan bahawa kita mengambil makanan berkhasiat yang cukup. Perlu juga untuk kita menjalankan aktiviti warming up dengan betul untuk mengelakkan kesakitan pada otot yang terlampau.

  Anda seorang yang aktif bersukan? Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang ya, dan jangan lupa, amalkan pengambilan suplemen juga :)



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment