Mahalkah Vitamin Shaklee????

Assalamualaikum..

  Sering kali bila ada pertanyaan customer tentang harga vitamin Shaklee, ramai yang kata vitamin Shaklee ni agak mahal jika dibandingkan dengan vitamin lain yang berada dipasaran. Malah ada yang kata, daripada membeli vitamin Shaklee yang 'mahal', lebih baik beli vitamin yang sedia ada dipasaran.



  Okay, sebelum saya huraikan mengenai 'isu mahal' ni, saya nak share beberapa fakta mengenai vitamin Shaklee:
  1. Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian setiap tahun bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk yang dihasilkan. Jadi sangat penting untuk kita tau vitamin yang kita makan ni selamat atau tak
  2. Setiap produk yang dihasilkan diuji 100% bagi memastikan amaun kandungan bahan di dalamnya menepati amaun pada label tersebut. Maksudnya apa yang dilabelkan pada vitamin Shaklee tu, itulah yang dihasilkan.
  3. Shaklee menjalankan lebih dari 350 ujian pada bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk bagi mengesan bahan bahaya seperti pestisid, logam bera dan bahan pelarut dan lain-lain.
  4. Setiap produk yang dihasilkan dipastikan selamat dan berkesan
  5. Shaklee tidak menggunakan perasa tiruan, pemanis dan pengawet didalam produknya
  Yang ni saya baru ceritakan tentang serba sedikit mengenai vitamin Shaklee. Kita tengok pula dimana letaknya nilai 'mahal' vitamin Shaklee sampai orang ragu-ragu nak membelinya.

Mahalkah Vitamin Shaklee

  Sudah tentu bila nak beli, kita akan tanya harga dulu kan? So bila da dapat harga, automatik kita labelnya sebagai mahal. Okay, saya bagi contoh ye, Sustained Release Vitamin C Shaklee. Harga sebotol adalah RM92.50. Harga ni bersamaan dengan 180 biji vitamin C tau. 

  180 vitamin C Shaklee, jika kita mengambilnya sebiji sehari, ia akan tahan selama 6 BULAN = setengah tahun. Nak lebih detail lagi, sebulan kita cuma belanjakan RM15 saja untuk vitamin C Shaklee. RM15 untuk 30biji vitamin  C..mahal ke murah?? Dan vitamin C Shaklee juga kandungannya adalah 500mg, bukan 250mg seperti vitamin C yang berada dipasaran. Kalau kita menyimpan RM1 sehari untuk beli vitamin, dalam sebulan kita sudah mempunyai RM30. RM30 ni kita dah boleh beli 60biji Vitamin C dan boleh makan selama 2bulan! Untung tak???

  Okay..ada orang cakap, vitamin C atau vitamin lain boleh la beli, mampu milik. Tapi macamana pula dengan Vivix?? harga sampai RM475?? Okay, Vivix ni agak istimewa berbanding dengan vitamin Shaklee yang lain. Bahan-bahan untuk menghasilkan Vivix juga bukannya bahan yang senang didapati.



  Pernah dengar anggur muscadine? Atau purple carrot? atau european elderberry atau poliganium cuspidatum?? Ish,.saya nak menyebut pun boleh berbelit lidah. Bahan-bahan ini merupakan bahan yang kuat anti oksida, anti kanser, anti viral dan sangat bagus untuk detoks. Malah Vivix satu-satunya suplemen yang menembusi hingga ke DNA bagi memperbaiki sel yang rosak. Tak percaya?? Cuba anda google Vivix Shaklee, macam-macam testimoni ada, khususnya dalam membantu masalah penyakit kronik.

  Satu perkara lagi yang anda perlu tahu mengenai vitamin Shaklee ini, bahan-bahannya adalah bahan-bahan semulajadi dan yang terbaik dan telah melalui pemeriksaan kualiti bagi menghasilkan hasil yang terbaik. Contohnya untuk Omega Guard, ia melalui proses penyulingan minyak ikan salmon bagi mendapatkan pati minyak ikan yang sebenar.



  Begitu juga dengan Vitamin C Shaklee. Ia dihasilkan dari ekstrak jagung dan bukan buah oren, bagi membolehkan mereka mempunyai masalah gastrik masih boleh mengambil vitamin C. ESP Shaklee dihasilkan daripada Non GMO soya, Kolagen Shaklee dihasilkan dengan menggunakan sisik ikan merah dari laut dalam. Semuanya adalah bahan semulajadi yang terbaik. 

  Kalau tengok kualiti vitamin Shaklee ini, adakah kita masih rasa harganya mahal berbanding dengan vitamin lain? Perlu kita nilai juga kualiti vitaminnya dan bukan menilai 'mahalnya' ia hanya based on harga. Orang kata ala membeli, menang memakai. Apa salahnya melabur sedikit untuk manafaat yang panjang kan?

  Masih rasa vitamin Shaklee ini mahal?? Tepuk dada, tanya selera :)



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment