Bila Downline Bertemu Upline - A fruitfull Meeting

Assalamualaikum..

  Sebenarnya agak lama juga nak cari peluang untuk one to one personal coaching dengan upline Master Farah Alias. Tapi memandangkan jarak yang agak jauh, hanya berpeluang untuk coaching by phone je.

  Kebetulan pula ada seminar New Distributor Training anjuran Group Euphoria, saya rasa inilah masa yang sesuai saya gunakan untuk menuntut ilmu secara one to one dengan upline saya.

  So 10hb tu saya turun KL dan stay kat Gombak, memandangkan Master Farah menetap di Gombak. Janji nak jumpa dalam pukul 5.30petang dan beliau mengambil saya di hotel seperti yang kami janjikan.

Upline, mentor dan juga kawan saya Master Farah Alias
  Menginjak kaki ke rumah beliau, saya sangat kagumi gaya hidup beliau yang sederhana. Jika lihat pada penampilan beliau, beliau sangat low profile dan lemah lembut orangnya. Dan pada masa yang sama, sangat tegas pada anak2 beliau dan anak2 Shaklee😊

Teruja dengan Starter Kit Baru😊

  Lepas makan malam..thank you mommy for a delicious dinner. Ayam masak kicap mommy memang sedap!! Not forgetting ikan asam pedas tu pun sedap..maka kami pun mula sesi coaching kami.

  Jujurnya..walaupun dah 5 tahun dalam Shaklee, masih banyak perkara yang belum saya khatam lagi. Hah..apa lagi, masalah ni lah masa yang paling sesuai untuk saya tanya macam2 dengan beliau.

Sesi coaching dan soal jawab

  Eh..bukan saya je tau yang bertanya..saya pun kena 'dera' dengan soalan2 tentang Shaklee. Bukan soalan berkisar produk tau..tapi soalan tentang UV, marketing, approach customer..semua kena tanya. Fuh!! Menggelupur nak menjawab. Tulah..datang tak ready..hah..amik terus kena serang😂

Hah..sapa suruh tak study. Kan da kena dera😂😂

  Sesi coaching habis dalam sejam lebih juga. Ikutkan banyak lagi ilmu yang nak ditanya dan dipelajari..tapi sebab masa pun agak lewat, anak masing2 pun dah mengantuk..so sesi coaching terpaksa diberentikan..hihi

  Seronok coaching one to one ni. Lain feel dia. Lain semangat dia. Terima kasih mommy Master Farah Alias kerana sudi luangkan masa untuk anakmu yang sorang ni.

  Sangat berbaloi saya turun KL kali ni. Ikut badan memang letih, dengan bawak anak sekali. Tapi keletihan ini sangat berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi dari personal coaching dan juga dari Seminar NDT

  InsyaAllah ada rezeki akan ke KL lagi menimba ilmu dengan mommy. Doakan saya dengan rakan2 yang lain berjaya dalam Shaklee ye. Moga satu hari nanti mommy akan berbangga dengan kejayaan kami. Amin..

Salam Sayang

NUR FATIN



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment