Tips Elak Gigi Anak Cepat Rosak

Assalamualaikum..

  Teringat ketika saya bawa Amna pergi ke taman permainan 2 minggu lepas. Ketika melayan Amna, seorang ibu muda menegur gigi amna.. "Eh..eh..adik, cantiknya gigi..takde rosak pun, mesti rajin gosok gigi ni"..lalu amna pun tersenyum malu.

  Sambung ibu muda itu lagi, anak dia yang baru berusia 3 tahun sudah mengalami kerosakan gigi. Malah ada beberapa batang gigi sudah dicabut kerana menjadi kehitam-hitaman akibat dari karies gigi. Ibu muda tersebut bertanyakan pada saya, bagaimana hendak menjaga gigi anak dengan baik agar tak cepat rosak.

  Sebenarnya takde pun tips yang spesifik yang saya amalkan untuk jaga gigi Amna. Cuma pastikan dia menggosok gigi sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari dan jaga pemakanannya. Namun, mungkin juga tips ini dapat membantu kita menjaga kesihatan gigi anak kita agar tidak cepat rosak.


TIPS ELAK GIGI ANAK CEPAT ROSAK

  1. Untuk bayi yang baru tumbuh gigi, kerap gosok gigi mereka dengan kain terutama sekali jika mereka baru lepas menyusu ataupun lepas makan
  2. Galakkan anak menggosok gigi dengan cara yang betul. Sekarang ni banyak jenis berus gigi yang boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk menggosok gigi dan banyak juga perisa ubat gigi yang boleh menggalakkan anak menggosok gigi
  3. Galakkan anak minum air kosong. Kalau boleh jika mereka ke sekolah atau taska, bekalkan mereka air kosong didalam botol air mereka. Elakkan memberi air manis sebagai bekalan
  4. Elakkan anak minum air manis khususnya air yang bergas. Kadang kala kita tak boleh elak benda ni kan, sesekali boleh la bagi, tapi pastikan selepas itu anak menggosok gigi
  5. Makanan ringan, gula-gula, kek merupakan makanan yang tinggi kandungan gula dan boleh mengakibatkan kerosakan gigi yang cepat. Kalau boleh elakkan pengambilan makanan ini. Namun jika tak boleh elak, boleh kawal pengambilan makanan seperti ini
  6. Ada kalanya kita akan memberikan susu kepada anak sebelum tidur kan? Elakkan memberi susu kepada anak sebelum tidur. Jika anak nak minum susu pun, berikan pada anak terlebih dahulu, gosok gigi dan kemudian barulah tidur
  7. Bawa anak berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun sebagai rutin pemeriksaan gigi. 
  Kebersihan diri anak terletak pada tanggungjawab ibubapa itu. Kesian kan anak masih kecil terpaksa menahan sakit gigi. Kita yang dewasa ni pun ada kalanya tak tahan dengan sakit gigi, apatah lagi dengan anak kita yang masih kecil. Jadi selagi kita boleh mencegah, baik kita cegah dari sekarang sebelum ia berlaku.



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment