Resepi Coq Keria Viral

Assalamualaikum..

  Hari-hari minggu macam ni nak buat apa ye? Nak buat aktiviti masak memasak ok jugakan. At least boleh la polish skill2 memasak yang lama tak di praktikkan tu..hihihi.

  Okay, talking about cooking, kebelakangan ni agak viral juga resepi coq keria. Ni bukan kuih keria yang biasa kita makan tu tau. Kuih keria ni agak menarik sikit. Kat sini kami panggil sebagai coq keria montok..sebab tengok bentuknya yang bulat2 tu, memang menduga betul diet orang yang sedang berdiet..

  Disebabkan coq keria ni viral, maka saya pun pergi menuntut ilmu nak buat coq keria ni. Hah..hasilnya...tadaaaa!!!


Tempting tak? nampak sedap kan? memang sedap pun, kena pula makan masa masih panas atau suam2..fuh, makan 2 biji pun tak cukup. So bagi mereka yang nak tau resepi coq keria ni, saya kongsikan disini ya.. :)


BAHAN A


  • 2.5kg keledek kuning yang telah dibersihkan dan direbus sehingga empuk (keledek perlu dibuang kulit dulu ya baru ditimbang)
  • 250gram tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
BAHAN B
  • 250gram gula merah
  • 250ml air
  • Gula merah dimasak hingga betul-betul mendidih dan tapis
BAHAN C (Untuk Sira)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • kedua-dua bahan ini dimasak hingga gula larut, tutup api dan masukkan bahan B tadi
CARA-CARA MEMBUATNYA

  • Lenyek keledak masa panas dan biarkan sejuk
  • Masukkan tepung beras dan tepung gandum, gaul hingga sebati. Kalau boleh gaul dengan tangan ye, tapi jangan terlalu lama takut adunan jadi lembik nanti
  • Masukkan keledek tadi dengan adunan tepung gandum dan tepung beras dan kepal-kepalkan menjadi bentuk bulat. Kalau nak adunan yang sama size, boleh lah timbang adunan tersebut ikut size keria yang kita nak
  • Setelah dikepalkan, buatlah lubang ditengah-tengah dengan anak jari
  • Goreng serentak semua sekali dengan minyak yang panas

  • Setelah digoreng, masukkan keria tadi ke bahan C dan kacau sekata



  • Dan hasilnya memang mabeles!

  Selamat mencuba :)


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
 Call / Whatsapp : 019 393 7880 
Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales 
Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi) 
Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment