Personal Training! Cinta Baru Saya...

Assalamualaikum...

  Lama pulak rasanya tak menaip entri tentang gaya hidup sihat ni. Kalau yang lama mengikuti blog saya, dalam blog ni saya ada ceritakan perjalanan saya mengamalkan gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan.


  Kali ni rasa nak berkongsi pengalaman saya mengikuti Personal Training dibawah naungan OwnDayah Fitness Centre Cawangan Taiping. Mula join Personal Training ni tahun lepas..tapi tak boleh nak berikan sepenuh komitmen akibat dari kengkangan kerja dan beberapa masalah peribadi.

  Jadi untuk tahun ni saya berazam untuk kembali memberikan komitmen pada aktiviti senaman melalui Personal Training.


  Selama 10 sesi menyertai Personal Training Season 3, Saya sedar..matlamat nak bersenam ni sebenarnya bukan nak kurus, tapi nak sihat. Bila fokus saya nak sihat, saya tak kisah pun dengan angka penurunan tu.

  Dalam tempoh 10 sesi ini, setiap sesi saya belajar bersenam dengan 'alat senaman' yang baru. Dalam tempoh ini saya mula jatuh cinta dengan barbel, bulgarian bag, dumbel, jumpbox, tayar dan resistance band. Semua2 ini saya kenali dalam personal training.



  Seronoknya personal training ni, apa pun jenis senaman yang saya lakukan, akan diperhatikan oleh coach dan juga team leader. So mana posisi senaman yang tak betul tu pun akan jadi betul.

  Percaya atau tak..setelah bermusim2 mengikuti Jom Sihat tahun lepas..saya masih gagal melakukan senaman squat dengan betul..haha..malunya!! Bila join PT ni barulah tau posisi mana yang betul dan salah..



  Apa yang buat saya jatuh cinta dengan Personal Training ni?? Of course la dengan jenis senaman2 dia yang lain dari yang lain. Yang paling best..dihujung sesi akan diadakan fitnes assesment untuk melihat sejauh mana latihan ini memberi impak ke atas kekuatan fizikal dan mental saya.



  Personal training juga mengajar saya untuk lebih yakin dengan diri saya, dengan bentuk badan saya. Tak kisah lah bila orang kata saya ni tak kurus2 selepas melalui jenis2 senaman yang memenatkan..sebab saya tahu dimana kemampuan saya dan saya tahu dimana kekuatan saya.

  Tahun ni memang berazam untuk meneruskan gaya hidup sihat. Meneruskan aktiviti senaman dan cara pemilihan makanan dengan betul. Maklumlah umur pun tahun depan nak menjangkau 4series dah kan..so kena pastikan kita amalkan gaya hidup sihat agar kita dapat menjalankan kehidupan kita dengan lebih baik.

My no 1 supporter


  Next step..to learn to Eat Clean. Okay..yang ini saya akui agak lemah lah..tapi insyaAllah akan cuba. Dan semestinya amalan gaya hidup sihat ini akan saya teruskan bersama dengan vitamin2 Shaklee saya😊

  Untuk mereka yang berada disekitar Taiping dan berminat untuk mengikuti Personal Training, boleh hubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut ye

Coach Khairul Azman (KA) - 019-4090971
Team Leader Ainaa -  017-4770447



Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


Untuk pembelian produk, anda boleh hubungi saya seperti berikut: 
 Call / Whatsapp : 019 393 7880
 Email: nurraihanah20@gmail.com 
Follow Fb : NurFatin Raihanah Emelie Rosales
 Klik Like di FanPage saya: Live a Healthy Life (Cahayahatiumi)
 Follow IG: Nurfatinrosales

0 comments:

Post a Comment